MISTERI KAMPUNG ANJIKUNI HILANG TANPA JEJAK. BACA SELANJUTNYA!!

08:20
MISTERI KAMPUNG ANJIKUNI HILANG TANPA JEJAK. BACA SELANJUTNYA!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri MISTERI KAMPUNG ANJIKUNI HILANG TANPA JEJAK. BACA SELANJUTNYA!!. Kes individu hilang secara misteri mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi, bagaimana pula kalau satu kampung hilang secara misteri tanpa meninggalkan sebarang jejak?

Mystery of Anjikuni Village

Inilah yang berlaku di sebuah perkampungan berdekatan dengan Tasik Anjikuni di Nuvanut, Kanada.

Pada suatu malam, November 1930, Joe LaBelle yang merupakan seorang pemburu melintasi sebuah kawasan perkampungan di utara Kanada.

Dia yang kepenatan dalam cuaca sejuk berhajat untuk menumpang di kawasan itu.

Lagipun, ini bukanlah kali pertama Joe melintasi kawasan tersebut. Dia tahu selok-belok perkampungan itu malah, Joe sendiri mempunyai rakan dalam puak Anjikuni.

Namun, apa yang menghairankan Joe ialah, sewaktu dia semakin menghampiri kawasan perkampungan Anjikuni, suasana tidak seperti biasa.

Sunyi sepi dan langsung tidak ada kelibat manusia mahupun haiwan ternakan yang kelihatan.

Joe kemudian berjalan menuju ke salah sebuah tempat dimana puak Anjikuni selalu berkumpul yang diberi nama Mack Shack.

Pemilik Mack Shack, Fran MacKenzie ialah seorang bekas tentera yang kudung kakinya. Fran tidak pernah keluar dari Mack Shack apatah lagi untuk berpindah dari tempat itu.

Peliknya, keadaan Mack Shack sunyi sepi. Namun, makanan masih berada di atas api. Tambah membingungkan Joe apabila dia melihat tongkat milik Fran yang ditinggalkan.

Joe kemudiannya ternampak cebisan cahaya yang berkelip-kelip pada jarak 400 meter dari kedudukannya.


Mystery of Anjikuni Village [2]

Menyedari tiada sesiapa di situ, Joe berharap dapat melihat ke mana arah penduduk kampung itu pergi berdasarkan bekas tapak kaki di atas permukaan salji.

Yang menghairankan, langsung tiada sebarang jejak kaki manusia mahupun haiwan di atas permukaan salji.

Dia cuba meninjau keadaan sekeliling dan ternampak satu periuk makanan yang sedang dimasak beserta dua barangan peribadi yang diletakkan di tepi batu besar.

Apa yang memeranjatkan Joe ialah, barang-barang itu milik ketua puak Anjikuni yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu yang diketahui telah ditanam bersama dengan mayatnya!

Persoalannya, bagaimana barang-barang itu ada di luar kubur!

Joe yang ketakutan kemudian menghantar telegram kepada pihak berkuasa yang kemudiannya datang untuk menyiasat misteri kehilangan penduduk kampung Anjikuni.

Misteri ini tidak terhenti di situ sahaja. Pihak polis telah menemui bangkai seekor anjing milik salah seorang penduduk kampung.

Yang ganjilnya, bangkai anjing itu telah dipakaikan dengan pakaian wanita! Malah, gincu turut dicalit pada mulut anjing itu. Telinganya ditindik dan dipakaikan anting-anting. Pada tangannya terdapat kesan luka dan salah satu jari anjing itu disarungkan cincin dipercayai cincin perkahwinan.

Polis juga mendapati kubur-kubur di kawasan perkampungan telah digali semula. Rangka mayat yang tertanam didapati hilang dengan lubang kubur yang telah kosong disumbat dengan sampah.


Mystery of Anjikuni Village [3]


Hanya sebuah kubur yang tidak diusik, kubur yang dipercayai milik Punckii Akkailo, ketua puak pertama yang menjumpai dan membuka kawasan tersebut.

Tiada siapa yang tahu apa puncanya anjing tersebut diperlakukan sedemikian, kenapa tanah perkuburan itu digali dan semua mayatnya di curi.

Penduduk kampung Anjikuni tidak pernah ditemui selepas kejadian itu.

Dan kehilangan mereka masih kekal misteri sehingga ke hari ini..
#Panas di MISTERI KAMPUNG ANJIKUNI HILANG TANPA JEJAK. BACA SELANJUTNYA!!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.