Lelaki Ini Dedahkan Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Ketika El Nino

11:22
Lelaki Ini Dedahkan Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Ketika El Nino merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Ini Dedahkan Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Ketika El Nino.

Sudah heboh di page sana sini bil elektrik meningkat bulan ini. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga Facebook supaya masing-masing akan faham. Insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.

Saya sertakan satu formula elektric, Joule’s Law:
H = i^2 x r X t

Dari formula ini, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus. Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab kesan El Nino.

Contoh mudah: Peti ais

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah Celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Jadi cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor. Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukannya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36 C hingga 40 C.

Maka, dalam situasi sama semasa fenomena El Nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ sahaja diperlukan tapi bila ada sahaja El Nino, terus up jadi 30.168kJ. Ini dari segi teori. Praktikal pula lebih dari jumlah ini.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, bukan peti ais sahaja guna kompressor, air-cond juga sama. Dulu kita set 20°C. Sekarang tetap tak berubah set 20°C. Tetapi disebabkan cuaca panas, kompressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°C.

Hal ini sama juga dengan peti sejuk. Kita tak pernah ubah set suhu peti sekil sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak, kompressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlukan terangkan kepada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat.

Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga. ada kes air cond terbakar sbb wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dengan tariff elektrik. Harga seunit makin tinggi apabila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan.

Jika kWh makin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza.

Ramai pengguna yang heboh-heboh di media sosial ini berlagak macam pandai tapi tariff letrik untuk rumah tak boleh faham. Harap selepas ini rakyat Malaysia jadi lebih berilmu dan kurang menunding jari salahkan pihak lain.

#Panas di Lelaki Ini Dedahkan Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Ketika El Nino

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.