Jumpa Harta Karun Zaman Rom Belakang Rumah

15:57
Jumpa Harta Karun Zaman Rom Belakang Rumah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jumpa Harta Karun Zaman Rom Belakang Rumah.


AARGAU - SWITZERLAND - Seorang petani menemui lebih dari 4,000 syiling purba yang dipercayai milik kerajaan Rom pada zaman dahulu di belakang rumahnya di Ueken.

Laporan dari CNN menyatakan, selepas satu operasi cari gali dijalankan, sebanyak 4,166 keping syiling perak dan tembaga dijumpai.

Kesemua syiling itu dianggarkan berumur kira-kira 1,700 tahun.

Ahli arkeologis, George Matter menyifatkan penemuan itu sesuatu yang menakjubkan.

Menurut George, harta karun itu berasal dari zaman Maharaja Aurelian pada tahun 274 dan Maharaja Maximian pada tahun 294.

"Dalam bidang arkeologi sendiri, tak sampai 2,500 syiling dijumpai. Kali ini, kita menemui lebih dari 4,000. Penemuan ini sangat unik," jelas George sebagaimana lapor Sinar Online.

Oleh kerana petani yang menemui syiling tersebut membuat keputusan untuk tidak menyimpannya, maka pihak muzium Vindonissa de Brugg membersihkan dan mempamerkan syiling tersebut di muzium - Siakapkeli.my

#Panas di Jumpa Harta Karun Zaman Rom Belakang Rumah

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.