Jumlah Pendapatan Di Fiverr Menyamai Harga Rumah Saya Sekarang

17:09
Jumlah Pendapatan Di Fiverr Menyamai Harga Rumah Saya Sekarang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jumlah Pendapatan Di Fiverr Menyamai Harga Rumah Saya Sekarang.

Baru-baru ini seorang lelaki Malaysia telah muncul di dalam sebuah blog laman sesawang antarabangsa yang menyediakan platform servis iaitu Fiverr.

Ia mengisahkan seorang pesara editor komik yang telah menjadikan animasi sebagai perniagaan sepenuh masanya. Dia ialah Alif Firdaus Azis, seorang kartunis dan animator profesional sejak tahun 2012.

Saya telah menemubualnya untuk tahu dengan lebih lanjut tentang kisahnya ini untuk menjadikannya satu inspirasi buat kita semua. InshaAllah.

Alif Dan Animasi Kartun

Bercerita tentang latar belakangnya berkaitan kartunis dan animator, Alif bermula sebagai seorang kartunis dan animator secara main-main, iaitu sekadar buat sebagai hobi.

Kartun pertama tersiar di Majalah Gila-Gila pada tahun 1998 di halaman bakat baru, Mekar. Ketika itu umur saya, 13 tahun. Sekarang umur sudah 32 tahun.

Menurutnya, dia hanyalah seperti kebanyakan budak-budak tahun 1990-an, di mana hiburan mereka adalah dengan membaca majalah jenaka seperti Gila-Gila, Ujang, Gelagat, Jenaka, dan Geli Hati.

alif 1

Sebagai peminat majalah-majalah itu, Alif mula menanam cita-cita mahu menjadi seorang kartunis profesional. Ia lebih kurang sama dengan budak-budak sekarang yang minat menjadi pelukis manga.

Mangaka, pelukis komik ala-ala komik Jepun.

Apabila mengetahui dia bercita-cita menjadi kartunis, saya bertanya kepadanya adakah dia mendapat pendidikan formal untuk menerokai bidang ini.

Alif menjawab:

“Saya belajar dari banyak sumber. Ada secara berguru muka bertemu muka, pengalaman, dan ada juga secara online.

Saya belajar berkartun dari Arwah Rejabhad (lebih kepada disiplin kartun).

Animasi pula belajar secara direct dengan Stacey (Animator Disney, Simpson dan lain-lain). Saya juga belajar disiplin animasi di KRU Academy.

Yang lain-lain itu, saya belajar secara online yang tak terkira banyaknya. Tak larat nak tulis kat sini.

Oh ya, saya juga banyak berguru animasi dengan ex-office mate saya di KRU Studio.

Mereka paling banyak ajar saya. Mereka animator-animator dari India yang pernah buat job dengan Disney dan Cartoon Network. Belajar sikit je. Sebab saya bersama mereka selama sebulan je.”

Pernah berada di sekeliling orang-orang hebat, Alif turut mendapat penangannya dengan berusaha menjadikan dia hebat di dalam bidang yang diceburinya ini. Itu adalah satu motivasi buat dirinya.

Tentang Fiverr

Video di atas adalah video milik klien Alif yang menggunakan perkhidmatannya melalui Fiverr.

Pada awalnya Alif tidak tahu tentang laman sesawang Fiverr sehinggalah dia diberitahu oleh salah seorang yang menulis komen di bawah video Youtube nya.

“Oh ya…. yang Fiverr itu sekadar part time sebenarnya. Saya banyak buat job di luar Fiverr seperti melalui clients sedia ada. Saya banyak berhubung dengan mereka melalui email dan Facebook,” jelas Alif tentang penglibatannya dengan Fiverr.

Sebelum Alif menjadi animator dan kartunis sepenuh masa, Alif pernah bekerja sebagai editor komik di salah satu syarikat penerbitan tempatan dalam tempoh lebih kurang antara 6 hingga 7 tahun.

Selepas menyertai Fiverr sebagai salah seorang penyedia servis animasi, Alif telah mendapat duit pendapatan dari situ yang menyamai harga rumah yang Alif duduki kini, iaitu di Ukay Perdana.

Alif menerangkan lagi, nilai itu dia kira berdasarkan harga rumah 5-6 tahun lalu, bukan nilai rumah sekarang. Jadi, dia harap orang tidak salah faham tentang ini.

Menurut Alif, dia sebenarnya sudah mempunyai ramai clients sedia ada. Mereka berulang-ulang melakukan kerjasama dengan Alif. Oleh kerana hubungan yang baik itu, mereka menjadi client for long term.

Fiverr ini untuk mantain duit tepi. Client sedia ada, real job.

Sejak itu, Alif mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti hobi yang digemarinya.

Saya sempat melihat wall Facebook Alif dan membaca komen-komen di bawah artikel Fiverr di situ. Rata-rata tidak tahu apa itu Fiverr. Saya tanya Alif apa perasaannya pada masa ini.

“Seronok sebab rupa-rupanya ramai yang tak tahu. Harap mereka bermotivasi,” kata Alif dengan gembira.

Lanjutan dari itu, saya bertanya kepada Alif adakah dia tidak risau akan persaingan sekiranya ramai orang akan menawarkan servis yang sama sepertinya di Fiverr.

Jawapan Alif ini buat saya fikir no wonder dia sukses:

“Tidak. Saya percaya rezeki hak Tuhan.

Sebelum ini saya dah pun suggest web ini pada kenalan-kenalan saya juga. Bagi guide kepada mereka macam mana nak sukses.

Saya sebenarnya dah jadi duta Fiverr sejak beberapa tahun lalu. Memang tugas saya mendorong orang baru,” jelas Alif.

Alif tidak mendapat apa-apa duit dengan menjadi duta Fiverr. Tapi tetap ada kelebihan sebagai duta Fiverr ini. Orang seperti Alif akan diberikan keutamaan terlebih dahulu jika Fiverr ada menganjurkan apa-apa event dan peluang lebih tinggi untuk highlights service Alif di web mereka.

Kadang-kadang dapat baju, kad. Macam tu lah. Saya buat kerja saya je. Mereka nak bagi, saya ambik je la. Hahaha.

Ramai juga orang menyatakan minat untuk belajar dengan Alif. Tetapi Alif tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu.

“Sebelum ni, ada kawan yang mencadangkan buat kelas ataupun ebook. Tetapi saya ni jenis tak gemar bercakap di khalayak umum. Akhirnya ia berlalu begitu saja.

Biasanya saya cadangkan mereka subsribe podcast Fiverrcast di Soundcloud. Selain untuk Fiverr, ia bagus untuk bisnes luar Fiverr juga.”

Servis yang Alif tawarkan di Fiverr adalah berkaitan dengan animasi 2D, bukan 3D. Oleh kerana ramai anak muda kini beralih ke arah 3D, ia membuka lebih banyak peluang rezeki buat Alif yang mahir melakukan animasi 2D.

“Permintaan animasi 2D tidak pernah sepi. Aentiasa ada (mungkin bertambah). Sebab ia murah, pantas dan senang.

Lebih-lebih lagi animator 2D makin berkurang di dunia ini. Maka kami menjadi semakin rare di pasaran,” ujar Alif.

Adakah kerana ramai mengejar 3D sehinggakan meninggalkan 2D? Ini membuka lebih banyak pintu rezeki buat orang seperti Tuan yang masih kekal dengan 2D? Itu soalan saya kepadanya.

“Ya, itu salah satu punca. Student lebih minat belajar 3D tetapi pada masa sama industri masih memerlukan 2D.

Saya menyoal Alif lagi adakah ini kerana ramai tidak tahu tentang permintaan animasi 2D.

“Ya. Sebab 3D sedang popular ketika ini. Terutamanya untuk filem tayangan pawagam dan TV tempatan.

Tetapi 2D masih diperlukan untuk iklan-iklan dan rancangan TV. Cuma, memandangkan filem 2D dah macam pupus di pawagam, maka anak muda kurang memandang 2D,” jelas Alif sebelum mengakhiri temubual di antara kami kerana dia perlu hadiri temujanji yang seterusnya.

Anda boleh baca kisah Alif di Fiverr di sini.

#Panas di Jumlah Pendapatan Di Fiverr Menyamai Harga Rumah Saya Sekarang

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.