JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN

13:07
JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN

JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN

Jangan Banding Saya Dengan Nabil Ahmad Rayza Mukmin


Peserta solo program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Rayza Mukmin mengakui tidak kisah jika penonton tidak memahami lawak yang disampaikannya.
Rayza atau Mohd Rizal Fahmi Mukhter berkata, dia tidak mampu untuk memuaskan hati ramai pihak dengan persembahan ‘Stand-up Comedy’ nya.
“Susah sebenarnya apabila menjadi peserta solo lebih-lebih lagi apabila berada di pentas besar seperti MLM 2016. Sangat susah dan paling mencabar apabila melawan perasaan gemuruh.
“Bila gemuruh datang, saya akan lost dan tiada orang yang boleh tolong saya dah masa itu. Perasaan itu akan datang bila saya kurang latihan,” kata Rayza kepada Astro Gempak.
Rayza ketika diminta mengulas lebih lanjut tentang teguran barisan juri yang melabelkan lawaknya terlalu 'deep' sehingga sukar difahami penonton memberitahu masih belum 'mengenali' pentas MLM.
"Saya masih belum kenal pentas MLM 2016 Rayza, walaupun sudah melangkahkan kaki ke minggu separuh akhir.
“MLM 2016 satu pentas yang sangat berbeza dan kalau orang tidak biasa dengan program seperti ini dia pasti tidak mampu untuk pergi jauh. Anda kena cari feel tersendiri untuk dapatkan idea yang menarik setiap minggu.
“Peserta lain dah bertahun-tahun menyertai MLM, jadi mereka dah tahu bagaimana nak berinteraksi dengan penonton dan kamera,” ujarnya.
Selain itu Rayza tidak bersetuju persembahannya dibandingkan dengan Nabil Ahmad. 
“Nabil ada banyak pengalaman di pentas MLM. Dia seorang yang sangat spontan dan jauh beza dengan saya. Kalau nak diikutkan saya baru sahaja menceburi bidang komedi dua tahun yang lalu.
“Saya sendiri ada berjumpa dengan Nabil untuk minta nasihat selepas ambil keputusan untuk menyertai MLM 2016,” katanya.
Pentas separuh akhir bertemakan 'Trend Terkini’ dan ‘Pantun’ menyaksikan Rayza diumum sebagai peserta yang tersingkir selepas menerima markah terendah oleh  juri profesional dan undian terendah penonton.
Pentas akhir MLM 2016 pada Jumaat hadapan bakal menyaksikan saingan sengit antara Bocey, LOL, Joras dan Puteh merebut gelaran juara.
Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.
Teks Oleh: Khalid Rahman


JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark JANGAN BANDING SAYA DENGAN NABIL AHMAD – RAYZA MUKMIN and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.