Itinerari Bajet Ke Koh Lipe 4 Hari 3 Malam Dengan Cara Memandu Dari Wang Kelian

13:36
Itinerari Bajet Ke Koh Lipe 4 Hari 3 Malam Dengan Cara Memandu Dari Wang Kelian merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Itinerari Bajet Ke Koh Lipe 4 Hari 3 Malam Dengan Cara Memandu Dari Wang Kelian.

Berikut saya kongsikan itinerari dan juga tips sewaktu trip ke Koh Lipe dengan cara memandu sendiri bermula dari Wang Kelian.

Route: Wang Kelian – Pak Bara – Koh Lipe – Koh Adang – Koh Lipe – Pak Bara – Wang Kelian

Insurans kereta selama 9 hari = Rm23.50. Buat di Kedai Runcit Lima Enam berhadapan Pasaraya Cmart Changlun. Boleh hubungi: 019-3113935.

Hari 1

1. Wang Kelian – Pak Bara (pandu kereta lebih kurang 1 jam)

Parking kereta di Pak Bara = 100 baht/malam. Boleh juga parking di tempat free tapi keselamatan tidak dijamin.

2. Beli Happy Tourist Sim = 299 baht (free 7 day, 1.5GB at max speed, 100 baht credit).

Tips: Kongsi dengan kawan-kawan untuk beli 1 sim card, kemudian buat hotspot. Semua boleh guna internet.

3. Pak Bara – Koh Lipe = 650 Baht (sehala) dan 1200 Baht (pergi balik).

Tips: Jangan terpedaya dengan pakej ini. Beli tiket pergi sahaja. Nanti nak balik beli tiket di Walking Street. Baru 500 Baht.

4. Bot dari Pak Bara ke Koh Lipe departure pukul 11.30am dan 2.30pm waktu Thailand (masa di Thailand lambat 1 jam dari waktu di Malaysia)

Pak Bara Enterence fee = 20 Baht.

National Park Entrance fee = 200 Baht (adult).

5. Tips: Simpan tiket National Park entrance sepanjang berada di pulau. Kalau pihak National Park buat pemeriksaan, kena bayar semula kalau tiket hilang.

6. Boat dari National Park Enterance – Koh Lipe = 50 Baht

7. Tapak khemah di Sunset Beach = 200 Baht/malam (bawak khemah sendiri). Cari Captain Bob di Sunset Camping.

8. Boleh juga kalau nak check-in bilik, hotel, chalet dll di sepanjang Sunset beach, Sunrise beach atau Pattaya beach. Jalan kaki sahaja untuk sampai ke 3 beach tersebut.

9. Makanan/minuman boleh dibeli di sepanjang walking street (sepinggan nasi goreng lebih kurang 150 Baht) Terlalu banyak anjing di Koh Lipe.

trip-koh-lipe-1

Koh Lipe yuk! — at Pakbara Beach, Satun, South Thailand.

trip-koh-lipe-2

trip-koh-lipe-9

trip-koh-lipe-8

trip-koh-lipe-7

trip-koh-lipe-6

trip-koh-lipe-5

trip-koh-lipe-4

trip-koh-lipe-3

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

Hari 2

1. Plankton Trips = 750 Baht. Termasuk masks, snorkel, fins, soft drink, dinner, fruits, guide & insurance (Snorkelling di Jabang, Hin-Ngam, Yang & Adang Beach)

2. Siapa yang dah selalu snorkeling tapi tak pernah tengok plankton lagi, boleh cuba trip ni. Pengalaman baru snorkelling di waktu malam sambil tengok plankton keluarkan cahaya.

Hari 3

1. Koh Lipe – Koh Adang = 100 Baht (long tail boat)

2. Koh Adang entry fee = 20 Baht

3. Adang camping fee = 10 Baht/malam (bawak khemah sendiri)

4. Tips: Majority Koh Adang adalah kawasan berbukit. Tak ramai orang di pulau ini. Hanya terdapat 1 kedai makan (makanan lebih murah berbanding di Koh Lipe).

5. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah camping, mandi waterfall (kalau musim hujan) & hiking Chado Cliff.

6. Kalau nak sewa long tail boat atau nak snorkeling dengan pakej murah kat sini. Boleh Hubungi Captain Yut: 081-6098610.

7. Tidak ada anjing di Koh Adang.

Hari 4

1. Koh Adang – Koh Lipe = 100 Baht (speedboat)

2. Koh Lipe – Pak Bara = 500 Bath (beli di walking street)

3. Boat pukul 9.30am dan 1.30pm waktu Thailand.

4. Tips: Untuk pulang ke Pak Bara, perlu naik boat dari Koh Lipe. Tak ada boat dari Koh Adang ke Pak Bara.

trip-koh-lipe-10

trip-koh-lipe-11

trip-koh-lipe-24

trip-koh-lipe-23

trip-koh-lipe-22

trip-koh-lipe-21

trip-koh-lipe-20

trip-koh-lipe-19

trip-koh-lipe-18

trip-koh-lipe-17  trip-koh-lipe-15  trip-koh-lipe-13

trip-koh-lipe-12

Baca lagi: 8 Destinasi Menarik Dengan Harga Bajet Yang Boleh Dikunjungi Di Thailand

#Panas di Itinerari Bajet Ke Koh Lipe 4 Hari 3 Malam Dengan Cara Memandu Dari Wang Kelian

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.