Diboikot, Dihalau Rakan Serumah Dan Hilang Pekerjaan Kerana Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

12:38
Diboikot, Dihalau Rakan Serumah Dan Hilang Pekerjaan Kerana Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Diboikot, Dihalau Rakan Serumah Dan Hilang Pekerjaan Kerana Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik.

Seperti kita sedia maklum, baru-baru ini penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik telah datang ke Malaysia dan telah membuat beberapa sesi ceramahnya di seluruh negara.

Kehadiran beliau mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia dan juga mendapat tentangan dari beberapa badan bukan Islam.

Di dalam ceramahnya, beliau telah berjaya mengislamkan beberapa orang hadirin menjadi saudara baru.

Namun, selepas itu ramai yang tidak tahu perkembangan tentang saudara baru kita ini kecuali adik Nina yang menjadi anak angkat kerajaan Negeri Terengganu.

Ingat lagikah kita saudara Harinder Pal Singh, di mana beliau melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu.

Harinder adalah berketurunan Sikh kelahiran India di mana beliau mendapat hidayah memilih Islam sebagai panduan hidup, tetapi harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Memetik laporan Tv Alhijrah, stesen tv berkenaan telah menemui Harinder untuk mengetahui perkembangan tentangnya setelah memeluk Islam.

Menurut Harinder, beliau telah kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja swasta kerana kontrak kerjanya tidak diperbaharui.

Lebih memeritkan, beliau telah dihalau keluar daripada rumah oleh rakan serumahnya kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Untuk mengetahui kisah lebih lanjut mengenai saudara baru kita ini boleh tonton rancangan Info Taqwa di Tv Alhijrah, Ahad, jam 2.00 petang. - Siakapkeli.my

#Panas di Diboikot, Dihalau Rakan Serumah Dan Hilang Pekerjaan Kerana Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.