Bunuh Isteri Anak 7 Bulan Kerana Cemburu

19:16
Bunuh Isteri Anak 7 Bulan Kerana Cemburu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bunuh Isteri Anak 7 Bulan Kerana Cemburu.

KUALA LUMPUR, 22 Apr - Kerana cemburu isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pemandu lori dipercayai bertindak membunuh isteri dan bayi mereka.

Bernama melaporkan, kejadian tersebut berlaku di Taman Rawang Perdana 2, Rawang pada 14 April lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, suspek dipercayai membunuh isteri dan anak perempuannya setelah mendapat tahu isterinya itu menjalani hubungan dengan lelaki lain.

"Motifnya sudah jelas dan suspek akan didakwa minggu depan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Suspek kini direman bermula 15 April hingga Rabu ini dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat wanita berusia 34 tahun dan bayi beruia 7 bulan ditemui mati di rumah mereka kira-kira 10 pagi pada 14 April lalu.

Mangsa ditemui terbaring di tepi katil manakala bayinya di atas katil di dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan. - Siakapkeli.my

#Panas di Bunuh Isteri Anak 7 Bulan Kerana Cemburu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.