Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB

00:44
Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB.


KUALA LUMPUR, 28 Apr - Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan satu surat kompaun pentadbiran kepad 1MDB berikutan gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikah oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu bank tersebut juga berkata 1MDB gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuknya memberi alasan yang kukuh berhubung ketiadaupayaan bagi mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei untuk membayar kompaun terbabit.

Pembayaran kompaun itu menandakan tamat siasatan BNM berikutan ketidakpatuhan 1MDB terhadap peraturan dan pengawalan BNM, lapor Bernama. - Siakapkeli.my

#Panas di Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.