Sekarang musim ramai yang bertanya tentang soal perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin.
Maklum akan keadaan sahabat-sahabat yang sebahagiannya tamat belajar pada hujung semester ini, ada yang menginjak usia 23 sudah mula fikir isu settle down, dan ada yang sekadar bertanya membuka minda.
Saya bukanlah seorang yang pandai menyusun ayat mengeluarkan kata apabila diminta pendapat atau buah pandangan. Medium tulisan lebih dekat dengan hati saya.
Pertamanya, rumahtangga kami bukanlah rumahtangga sesuai yang boleh diambil contoh. Pasti ada cacat cela. Dalam proses belajar dan saling mengenali. (Well, when ENFP meets ESFJ, it means you need to work hard to fill in the blank spaces. Ok out of topic).
Keduanya, baru masuk fasa jagung kuning (menginjak ke tahun ketiga. Tak lama dan tak banyak sangat benda yang boleh dikongsi.)
Ada banyak benda yang saya rasa sangat significant untuk dikongsi bersama. Sekadar pengalaman peribadi, tak semestinya terpakai untuk setiap pasangan.
1. Ibadah bersama
Tidak dapat tidak, soal ibadah bersama sangat perlu dipandang serius bagi setiap pasangan. Saya selalu perasan, sekiranya ada hari yang kami ‘tertinggal’ atau ‘tersengaja’ solat bersendirian, banyak salah faham berlaku pada hari tersebut.
Sudah semestinya seorang isteri kena selalu ingatkan suami untuk solat di masjid. Tapi ada kalanya tak salah untuk spend time solat berdua di rumah, selepas solat ambil masa untuk adakan ‘silent moment’, dimana kita zikir dan muhasabah seminit dua bersama-sama.
Waktu momen PJJ kami, kami tetapkan masa untuk baca mathurat bersama. Atau selepas bergayut malam-malam, akhirkan dengan baca Al-Mulk bersama. Ini dalam kes berbeza time zone sejam dua. Bila rasa tak mampu nak istiqamah untuk baca bersama atas kesibukan kelas dan hospital, saling ingatkan untuk banyakkan amalan.
Dalam buku ‘Ada Surga di Rumahmu’ karangan Amru Khaled, bab pertama yang ditekankan pun ialah peri pentingnya ibadah bersama.
It works, indeed.
2. Komunikasi
Setahun pertama perkahwinan, kami terlalu kerap bergaduh. Terlalu kerap hingga ada ketikanya terpaksa berhenti berhubung untuk elakkan pergaduhan. Bayangkan keadaan PJJ, bergaduh, dan berhenti berhubung. Tertekan, kan? Tapi itulah hakikatnya.
Saya tak faham bahasa lelaki. Dia tak faham bahasa perempuan. Kami terlalu hidup dalam teori Men From Mars, Women From Venus hingga untuk praktikkan teori tersebut jadi susah, janggal, semuanya bercampur baur.
Akhirnya kami sepakat, setiap apa pun, kena explain. Kalau saya kata saya kecewa dengan sikap tertentunya, explain kenapa saya kecewa. Tiada sorok-sorok macam perangai tipikal perempuan (konon nak jaga hati). Kalau dia kata dia tak suka saya berperangai tertentu, tunjuk dan explain kenapa dia tak suka. Tidak diam macam perangai tipikal lelaki (konon sayang so pejamkan mata semua benda).
Explain. Explain. Explain. Dengan cara paling berhikmah, tiada emosi.
Apabila masuk tahun kedua perkahwinan, kami perasan yang kami makin kurang bergaduh, kurang salah faham, kurang berperang mulut.
Elakkan menegur bila marah. Elakkan menegur di tempat terbuka (hatta depan mertua, ipar duai, adik beradik). Saya sangat tak suka sekiranya suami saya menegur di hadapan ipar duai, makanya saya kena explain padanya bahawa saya tak suka. Menegur di tempat tertutup, kita berdua sahaja dengannya, dan dalam keadaan emosi paling salim.
By time, kita akan belajar cara paling efektif dalam berkomunikasi dengan jantina berlainan. Kuncinya, sabar. Sabar dalam explain, sabar dalam memahami.
3. Toleransi
Susah sebenarnya untuk orang yang cerewet dan OCPD macam saya untuk bertoleransi dengan suami yang ‘selamba badak’. Kalau anda macam saya, ingatkanlah diri sendiri bahawasanya ada pahala yang besar menanti orang yang berlapang dada dan bersabar (hahaha skema kan, tapi tu je cara paling berkesan sekali.)
Salah satu faktor kerap bergaduh tahun pertama berkahwin sebab saya susah bertoleransi. Sikat tak simpan balik di tempat sepatutnya, baju kotor bukan dalam laundry bag, sejadah tak digantung semula, & the list goes on. Saya terlalu cepat melenting dan tak mahu bertoleransi.
Akhirnya di satu hari, sewaktu ber’curhat’ dengan seorang makcik, katanya,
“Enti rasa enti tak boleh tolerate dengan dia, enti pernah tanya dia, dia boleh tolerate dengan enti tak?”
Deep betul. Dia boleh bersabar dengan saya masak lewat, malah adakalanya bangun pagi lewat dan tak masak pun! Dia boleh terima saya bersiap lama, tidur macam-macam gaya, takkan kekurangan kecilnya saya tak mampu?
Nah, sabar.
Di suatu saat rasa mahu mendengus tak puas hati, sabar. Ingat semula ada kekurangan kita yang dia mahu mendengus, tapi dia sabar.
May it helps.
Banyakkan istighfar moga Allah jaga hati.
Dan moga saat ini Allah ambil nyawa kita, Allah tak ambil dalam keadaan hati kita sedang leka dariNya.
Wallahua’lam.
‘Muslimah’ adalah nama pseudo penulis. Penulis meminta identitinya dirahsiakan.
#Panas di 3 Perkara Penting Dalam Kehidupan Selepas Nikah
EmoticonEmoticon