10 Tip Bawa Diri Sewaktu Travel Bersama Mat Saleh Di Luar Negara

13:57
10 Tip Bawa Diri Sewaktu Travel Bersama Mat Saleh Di Luar Negara merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Tip Bawa Diri Sewaktu Travel Bersama Mat Saleh Di Luar Negara.

“You guys travel together?”

“Yes!” jawab kami

“Cool”

Ini soalan yang paling kerap ditanya pada kami bilamana jumpa atau hangout dengan backpacker lain sepanjang 22 hari kami backpack bersama di Burma.

Saya kenal Caitlin, backpacker dari US ni semasa kami sama-sama wwoofing di Pahang 2 tahun lepas. Seminggu kami duduk ceruk dalam hutan mengembala kambing dan mencabut semak di kebun cili.

Caitlin baru pulang dari pusing South East Asia selama 6 bulan masa tu dan saya baru lepas grad dan baru mula kerja part time. Kebetulan, saya dalam perancangan nak pusing SEA juga dengan rakan BBM lain. Jadi, banyak juga minta tips dari Caitlin.

Dia sempat datang dan tidur di rumah, sembang dengan family saya, rasa masakan Malaysia sebelum berangkat pulang ke US. Selepas tu kami sekali sekala bertanya khabar melalui Facebook dan beberapa bulan lepas, dia cadangkan untuk travel bersama.

2 hari lepas Caitlin dah terbang ke Sri Lanka dan saya masih di Burma meneruskan saki baki beberapa hari di sini.

Ini kali pertama saya travel dengan white people. Nak kongsi pengalaman dan mungkin pembaca boleh contohi apa yang baik.

1. Eco-friendly

Saya tahu Caitlin sangat eco-friendly sejak seminggu duduk di ladang kambing dulu. Pergi mana-mana kedai beli barang mesti kami takkan ambil plastik.

“No plastic please”. Itu trademark dia. Kalau dekat Burma ni memang nampak tak significant pun amalan tu sebab dekat sini perghhh sampah merata.

Orang buat sampah tepi jalan memang habit depa. Kunyah sireh dan meludah itu biasa. Sakit mata tengok.

Tapi, sebagai orang Islam, kita kena percaya yang amalan sekecil zarah pun akan dihitung nanti. So, saya cuba adopt sikit demi sikit amalan no plastic ni. Moga amalan 22 hari secara consistent boleh diteruskan sampai bila-bila.

2. Aktif

Caitlin ni budak sukan. “I really like being active” katanya. Kontra dengan saya yang gemuk, malas, lemau ni. Hahaa.

Dulu masa travel solo memang saya banyak juga mereput je dalam hostel atau bermalas-malasan. Bila travel dengan Caitlin, hari-hari kena ada samada aktiviti berjalan at least satu jam / berbasikal / trekking / swimming. Haha.

Kena kekal aktif. Ada sekali tu kami pergi air terjun dekat Pyin Oo Lwin, bapak ah trekking nak ke situ kena turun/daki curam gila selama sejam. Nak nangis weh tapi Caitlin selamba badak cakap “Come on Thiqa, oh u can do it, it’s all mental u know it“.

Di Kalaw, jarak dari guesthouse ke town adalah 20 min (one way, walking distance), so setiap kali nak ke town untuk lunch / dinner / beli barang, memang kami akan jalan je.

travel-dengan-mat-saleh-2

travel-dengan-mat-saleh-1

travel-dengan-mat-saleh-6

travel-dengan-mat-saleh-8

Baca: 6 Strategi Berjimat Sewaktu Travel Di Bangkok, Thailand

3. Makan makanan sihat

Masa travel, selalu kita hentam makan segera untuk jimat kan. Sebab selalunya kedai / restoran halal memang mahal.

Saya dan Caitlin akan makan di local restoran dan kami akan pesan vegan food. Nasi goreng + vegetable, mixed vegetable + steam rice. Murah dan inshaAllah halal.

Snack kami bukan chips atau biskut tetapi buah-buahan. First time travel makan makanan sihat. Haha.

Air pun minum at least 2 botol 1.5 litre setiap hari. Tak pernah minum air gas kecuali sekali (sebab panas gila dan perlukan sangat-sangat air sejuk masa tu), selalu minum jus buah less sugar.

4. Saling tukar pandangan dan hormat pandangan orang lain

Kami sering bertukar cerita tentang pelbagai topik dari negara, politik, culture, makanan, agama, education system, keluarga, dan macam-macam.

Seolah-olah saya sedang travel di 2 negara pula. Myanmar dan Amerika. Banyak benda baru saya tahu tentang USA ni. seronok!

Bab agama paling kerap di tanya. Kenapa itu, kenapa ini? Tapi kami sangat hormat pandangan masing-masing.

5. Update dengan family

Walaupun dah lama travel, Caitlin tak pernah miss untuk call dan update dengan family dia. Kadang-kadang aku sendiri jarang buat macam tu.

Walhal mak ayah kat rumah tak putus-putus doa keselamatan kita kat luar negara ni. Ambil masa at least seminggu 2 kali untuk hubungi family.

Yang travel dekat-dekat tu pun apa salahnya buat macam ni. Jangan sampai dah dilanda musibah baru sibuk nak contact family.

6. Local

Kami ada perangai yang sama, suka immerse dengan local. Caitlin suka mengaku dia half Asian haha. Dia sangat tak suka selalu lepak dengan white people yang lain.

Sekali sekala boleh la. Kalau kami di tempat yang takda tourist dan local people pandang kami pelik, that means we are at the right place! Haha.

7. Shared pouch

Untuk yang travel berdua atau lebih, boleh cuba amalkan benda ni. Bawa satu pouch atau apa-apa tempat yang boleh isi duit, first day tu, setiap sorang ahli travel masukkan sejumlah wang yang sama dan gunakan wang tu untuk bayar segala perbelanjaan yang korang sama-sama share.

Contoh penginapan, pengangkutan, makan (kalau harga sama, kalau tak sama topup sendiri). Gilir-gilir selang 4 – 5 hari siapa yang pegang pouch tu.

Kalau dah nak habis, topup lagi duit. Senang gila, tak payah “aku pinjam duit kau dulu” atau “kau bayarkan nanti aku bayar balik” lepas tu sampai kiamat tak bayar.

8. Decision

Kadang-kadang travel dengan orang yang selalu travel ni susah gila nak buat keputusan, nak makan mana? Nak pergi mana? Nak buat apa? Take turn dan compromise a lot. Jangan kau je buat keputusan atau jangan bagi dia je pening nak buat keputusan. Kerjasama!

travel-dengan-mat-saleh-5

travel-dengan-mat-saleh-4

travel-dengan-mat-saleh-3

9. Handle situasi awkward dengan professional

Haha! Pernah satu peristiwa ni, kami mengalami 7 jam perjalanan bas yang menyiksakan. Bas tu takdak aircond weh, dahla tengah musim panas.

Lepas tu berhenti setiap 5 km untuk angkut / turunkan penumpang. Akhirnya, selepas 7 jam kami tiba di Mandalay.

Sampai-sampai kena serbu dengan pakcik teksi. Dah depa gaduh-gaduh pula. Sampai hostel, tingkat atas sekali, fuh panas gila.

Kipas pun keluarkan angin yang panas. Haha. Masing-masing lapar, cari kedai makan banyak kali pusing tak jumpa. Ha masa tu la sorang-sorang nak naik angin. Hahaa.

Btw, malam tu untuk elakkan kecelakaan yang lebih besar, kami stop talk to each other kejap. Esok move on, okay macam biasa. Haha.

10. Be yourself

Solat jangan lupa. Makan minum haram jangan sentuh. Memang agak sukar nak jaga bila travel partner lain agama, lain culture tapi inshaAllah boleh.

It’s a good experience. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Luaskan networking korang, kawan dengan traveller dari negara lain dan saling bertukar pandangan.

Tak perlu tunggu English power baru nak berkawan. English saya tak power langsung. Sabar je si Caitlin memahamkan apa yang saya nak cakap. Haha.

InshaAllah kita akan rasa lebih bersyukur dilahirkan sebagai Muslim dan Malaysian.

Baca lagi: Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun

#Panas di 10 Tip Bawa Diri Sewaktu Travel Bersama Mat Saleh Di Luar Negara

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.