'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ

08:45
'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ 'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
 'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ

'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ



"Saya terasa sedih bila melihat seorang pesakit wanita ada yang diuruskan najis, mandi dan dilap oleh seorang jururawat lelaki. Malu rasanya. Ramai jururawat wanita yang boleh uruskan. Kenapa boleh jadi seperti itu? Allah.. mana rasa malu?

"Sedih juga melihat seorang lelaki menangis berusaha mendapatkan doktor wanita untuk menyambut isterinya bersalin. Tetapi dimarah, dijeling, dipulaukan. Mungkin kerana tugas dan kurang doktor. Mintalah Kementerian Kesihatan fikirkan kerana semakin hari orang semakin sedar dan celik dengan Islam. Kita yang atur semuanya. Nak seribu daya, mahu seribu cara. Perintah seorang ketua ditaati dan digeruni. Mengapa tidak kita berusaha mentaati perintah Allah sebaiknya?" demikian status seorang ustaz yang menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun, tampil seorang jururawat lelaki, Anwari Hamzah, memberikan penerangan agar orang ramai faham dan tidak salah sangka dengan pekerjaan jururawat yang didakwa tidak sensitif.

JANGAN SALAH FAHAM

Assalamualaikum Ustaz. Maaf, saya seorang jururawat lelaki di sebuah hospital kerajaan. Saya cuma nak terangkan sebelum ada pihak yang salah faham.

Sejujurnya, hospital kekurangan staf. Kalau boleh, memang nak semua pesakit diasingkan ikut jantina dan mendapat perawat yang sama jantina. Namun, staf kami tak cukup. Seorang staf perlu menjaga sekurang-kurangnya 8-10 orang pesakit. Dan kebanyakan pesakit adalah lelaki (majoriti) dan kebanyakan staff nurse adalah wanita. Nisbah staf lelaki dan wanita (jururawat) adalah 1,600 : 16, 700. Manakala pesakit pula mencecah ribuan setiap hari.

Memang kalau boleh, kita nak perawatan sesama jantina. Namun ada masa, perkara ini tak dapat diusahakan. Bagaimana seorang wanita (andainya tidak mengandung) ingin mengangkat seorang pesakit yang beratnya mencecah 70kg - 150kg bersendirian? Atau seorang staf mampu mengawal pesakit yang bersifat suicidal?

KAMI JAGA AURAT PESAKIT

Ya, memang kalau boleh, aurat pesakit kami jaga sebaik mungkin. Aurat pesakit sebenarnya lebih molek diuruskan oleh keluarga pesakit, kerana kami perawat juga bukan muhrim. Staf lelaki tak boleh lihat aurat pesakit lelaki. Begitu juga dengan staf wanita dan pesakit wanita. Namun apabila kami minta keluarga untuk bantu dan turut serta dalam menjalankan prosedur, semuanya lari. Tinggalkan pesakit bersendirian akibat perasaan jijik dan tiada simpati. Oleh kerana perasaan simpati dan kasihan melihat anak perlakukan ibu bapa begitu, kami bantu.

Untuk pengetahuan semua, dalam mana kami menjaga aurat dan privasi pesakit, kami juga mengadakan chaperon dimana staf lelaki akan menemani staf wanita menjalankan prosedur keatas pesakit lelaki dan sebaliknya. Dan semua prosedur dilakukan dalam ruangan bertutup / skrin melainkan hospital yang terlalu sempit.

Tak mampu kami sebagai staf, bersendirian menjaga berpuluh pesakit pada satu masa. Namun kami cuba sedaya upaya.

Kalau boleh, kami nak seorang staf jaga seorang pesakit dalam suatu bilik sendiri. Namun malangnya, kita tak ada tenaga kerja dan keupayaan untuk lakukan semua ini.

KAMI BUKANLAH SEMPURNA, NAMUN...

Saya tak kata bahawa kami staf kesihatan adalah penjawat yang sempurna. Ada masa kami juga buat salah dan silap. Namun kami juga ada melakukan kebaikan dan bantuan. Saya lihat Ustaz seorang yang rasional, maka saya harap Ustaz (dan lain-lain) janganlah memandang kami dari sudut yang negatif sahaja. Lihat dari perspektif kami juga. Saya juga sedih, Ustaz, apabila benda yang buruk orang caci maki, namun benda yang baik orang perlekehkan, malah dihina lagi.

Saya tak mahu sekadar bercakap kosong. Saya berikan beberapa cadangan supaya anda semua mampu bantu kami dalam memastikan penjagaan dan perawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit.

1. Bantulah mak ayah anda yang sakit di wad tu. Ahli keluarga anda. Kasihani mereka. Jangan la pandang mereka dengan pandangan jijik walhal mereka itu ahli keluarga anda. Rata-rata ahli keluarga yang saya jumpa di wad, sentuh pesakit pun geli. Apatah lagi nak bantu uruskan pesakit. Basuh berak kencing mak ayah, satu pahala bagi anak. Ustaz pun tahu kan?

2. Janganlah disusahkan lagi perawatan pesakit. Kalau dokotr dah kata pesakit perlu dipuasakan, janganlah diberi makanan dan minuman. Ada sebab kenapa pesakit perlu dipuasakan. Jangan pula pesakit kencing manis diberi teh o ais, pesakit darah tinggi diberi makan makanan bergaram. Ini supaya komplikasi takkan berlaku.

3. Patuhilah peraturan di wad. Kalau dah kata masuk ikut masa secara bergilir, ikutlah. Janganlah dibawa satu kampung, riuh rendah di wad, smpai mengganggu prosedur dan pesakit di sebelah. Ingatlah, yang sakit bukan keluarga anda seorang sahaja. Bila kata jangan tangkap gambar, jangan la ditangkap gambar. Kita nak jaga privasi pesakit, tapi ahli keluarga pula yang bersungguh-sungguh nak aibkan pesakit saat dia sakit. Peraturan itu ada sebabnya.

4. Pandang dari perspektif staf juga. Kadangkala kami tinggalkan pesakit yang tidak kritikal untuk uruskan pesakit yang kritikal, hampir maut. Bayangkan, saya dimarahi kerana lambat bawakan makanan kepada seorang pesakit, sedangkan saya sedang melakukan CPR kepada pesakit lain yang hampir mati. Adakah saya perlu tinggalkan pesakit CPR itu supaya saya dapat layan pesakit yang kelaparan tadi?

5. Kementerian Kesihatan Malaysia kini dalam keadaan kekurangan kakitangan. Maka, jika anda rasa anda ingin mengubah prestasi perawatan di Malaysia, saya syorkan anda untuk apply jadi staf. Kami juga perlukan tenaga kerja tambahan. InsyaAllah bertambah maju perawatan kami kelak.

Saya sebagai wakil staf kesihatan, tak minta anda untuk sanjung atau berterima kasih. Saya cuma minta anda semua hargai dan fahami kami.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.