Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis

16:34
Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis

Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis


Motor Meletup Tiada Kaitan IS, Suspek Direman 14 Hari
Motor Meletup Tiada Kaitan IS, Suspek Direman 14 Hari
Kematian sepasang warga emas dalam insiden motosikal meletup di Gua Musang pada Rabu, tiada kaitan dengan kumpulan militan IS, sebaliknya kes bunuh yang dilakukan anak angkat mereka.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan keengganan mangsa menjual kebun getah mereka.
Menurutnya hasil siasatan ke atas suspek mendapati bahan letupan berkenaan dibeli dengan harga RM300 dari Thailand dan dipasang di motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sejak tiga hari lepas.
“Suspek berbuat demikian kerana mangsa enggan menjual kebun getahnya seluas 4.8 hektar bagi digunakan untuk membawa pulang isterinya seorang warga Laos.
“Isteri suspek sebelum ini telah diusir dari negara ini kerana datang secara tidak sah dan pemuda itu turut mempunyai masalah kewangan.
“Kes ini dianggap selesai dan polis menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS,” katanya.
Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia  (SSPDRM) Zon Timur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, Khamis.
Majlis yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani itu turut dihadiri kira-kira 300 pegawai dan anggota SSPDRM dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Mazlan juga berkata Unit Pemusnah Bom Bukit Aman masih menyiasat bahan yang digunakan untuk membuat bom berkenaan.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Semalam, pasangan suami isteri masing-masing berusia 72 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka meletup di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang.

Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Punca anak angkat bom motosikal emak dan bapa angkat didedahkan polis and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.