Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober

11:59
Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober

Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober



JELEBU 02 Okt. – Perkhidmatan tren KTM Komuter yang akan bersambung hingga ke Gemas mulai 10 Oktober ini akan menjadi satu lagi pilihan kepada penduduk di negeri ini terutamanya mereka yang bekerja di Lembah Klang.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, pengenalan perkhidmatan itu dijangka dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pembukaan laluan baharu itu adalah alternatif kepada orang ramai yang selama ini menggunakan pengangkutan seperti kenderaan persendirian atau bas untuk berulang-alik dari negeri ini ke Kuala Lumpur.

“Bagi pengangkutan awam ke tempat kerja, saya telah minta (perkhidmatan) komuter yang sekarang ini beroperasi sampai ke stesen Rembau akan (disambung) sampai Gemas. Ia akan mula mengangkut orang pada pukul 5 pagi, jadi orang ramai tak perlu lagi naik kereta atau bersesak naik bas sebab ada alternatif guna kereta api,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hak Milik Rumah Awam Harga Rendah dan Pengundi Lot Daerah Jelebu di Kuala Klawang, di sini semalam.

Selain KTM Komuter, perkhid­matan Tren Eelektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas juga dijangka dimulakan pada tarikh yang sama.

Menurut Menteri Besar, perkhid­matan ETS mampu bergerak pada kelajuan 140 hingga 150 kilometer sejam dan mengambil masa kira-kira dua jam bagi perjalanan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam usaha memberi keselesaan kepada para pengguna, pihaknya sedang berunding bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk menyediakan sistem pengangkutan bas bagi menghubungkan kawasan penduduk ke stesen kereta api.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan negeri memperuntukkan sebidang tanah seluas 8 hektar di daerah Je­lebu untuk dibangunkan di bawah Program Rumah Rakyat Simpang Durian.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Komuter Gemas-KL 
mulai 10 Oktober and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.