'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD

09:22
'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD 'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD

'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD



Tadi... petang tadi..

Saya melintasi sebuah meja pengawal keselamatan di parking sebuah shopping mall. Pengawal berkawal dengan sebuah meja lipat kecil dan kerusi plastik.

Ketika melintasi, Pakcik guard tu baru nak makan, bekalnya atas meja, dan dia sedang cari sudu dalam beg dia. bila nampak saya pandang dia, dia seolah cuba menyorok-nyorok makanan dia. Saya senyum, saya dah nampak bekal dia. Nasi putih, ada kicap sikit, ada ikan bilis goreng dengan petai dan bawang-bawang goreng. Saya berdiri berdekatan menanti lif terbuka. Pakcik jumpa sudu dan mula makan.

Secara jujur saya memang berselera tengok menu itu. Jujur juga saya cakap, "sedap tu pakcik, saya suka," pakcik tu senyum. "Makanan orang kampung," kata dia. Kemudian, dengan nada gelak-gelak dia cakap, "ni namanya lauk belum gaji," saya juga cuba tersenyum, tetapi pahit, tidak jujur senyuman saya, ia perit ditelinga saya. Saya mahu menangis. (itu kepakaran no.1 saya, cengeng).

Kalau masa itu, saya ada sekotak KFC, pasti saya terus beri pada dia, tetapi ditangan saya ketika itu, ada siakap mentah 2 ekor, dada ayam mentah 3 keping, dan lain-lain barang kering, nak bersedekah duit, saya memang jarang bawa cash yang banyak, selepas dah habis beberapa puluh ringgit beli bahan-bahan tadi, baki cuma ada beberapa ringgit sahaja. Ralat pula tidak keluarkan duit tadi.

Lif sampai, baru selangkah kaki, Allah gerakkan hati, teringat kawan saya tadi datang pejabat saya ambil sambal hitam dan beri saya RM20, saya letak dalam ucang kecil duit saya. Sempat saya keluar lif balik, cari uncang duit saya, argh rezeki, ada note RM20 disitu. Saya dekati meja pakcik guard tu, saya selit duit tu bawah bekas penutup makanan dia, dan saya terus pergi. Pakcik tu berhenti menyuap, pandang saya. saya senyum dan tak jadi tunggu lif lagi, saya terus berjalan arah eskalator, takut saya menangis pula.

Saya lebih rasional kali ini, tidak tergamam seperti sebelum ini, kalau kalian masih ingat kisah RM5 di stesen minyak Petron yang pernah saya tulis sebelum ini, ketika kejadian sedekah baki RM5 di pam minyak tempoh hari, saya tergamam, tidak boleh berfikir, terus masuk kereta dan menangis, tidak terfikir nak sedekah lebih kepada adik motor tu. kali ni saya agak rasional, dan tenang.

Kalian....

Insan-insan macam pakcik ni dihadirkan kepada kita untuk kita terus bersyukur, bukan untuk kita terus mendabik dada. Allah pilih kita untuk melihat semua ini, dan menduga kita sejauh mana ehsan kita pada orang lain. Kadang Allah hantar kucing mengiau-ngiau di kaki kita minta makanan, apa reaksi kita? Berilah walau cuma sisa makanan.

Di saat kita sudah tidak tahu hendak makan apa sebab banyak pilihan, sebab dah jemu makan lauk ikan, lauk ayam, lauk daging, dan jemu makan nasi putih, nasi arab, nasi itu nasi ini, pakcik ini mengingatkan kepada saya ada orang yang tidak punya banyak pilihan, makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan. Saat kita buntu dan termenung di dapur bingung nak masak apa, atau berdiri terpacak depan kaunter restoran makanan segera bingung nak order makan apa, saat kita termenung memandang deretan menu dalam senarai menu di restoran, rupanya disaat yang sama, mungkin ada orang bingung nak makan apa hari ni sebab duit yang ada cukup untuk beli segenggam ikan bilis cuma.

Maka apa lagi kita perlu kata, Syukur atas rezeki dariNya.

Dalam rezeki saya hari ini, rupanya bukan milik saya semuanya. Tertulis oleh DIA, itu hak orang lain juga, saya cuma perantara, tiada yang pelik.

P/s : Ada orang tegur saya tak payah tulis buat kebaikan. Biar orang lain tidak tahu. Maaf, tujuan saya cerita bukan nak tunjuk kebaikan dibuat. "Isi cerita" dalam posting ini bukan pada nilai RM20 itu. Bacalah dengan hati apa yang ditulis itu anda akan faham.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.