Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
kredit to hmetro
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya and get update.
Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya
Shah Alam: "Jika tidak puas hati hubungi saya, bukan cederakan pekerja sehingga hidung patah untuk selesaikan masalah," kata pemilik kedai cuci kereta di Subang Perdana, Haziyatie Abdul Hamid, selepas video mengenai pekerjanya dibelasah pelanggan diviralkan di laman sosial.
Menurutnya, dia mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerjanya yang mengadu dan mendakwa bahawa pelanggan berusia 30-an memukul pekerja warga Bangladesh di muka.
"Saya ke kedai cuci kereta dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat keadaan yang sebenar.
"Melalui CCTV, saya lihat lelaki berkenaan memarahi pekerja saya kerana mendakwa mangsa mengotorkan kereta mewahnya sebelum bertindak menampar lelaki warga Bangladesh berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, lelaki itu difahamkan kembali semula mendapatkan mangsa selepas beberapa minit beredar dari lokasi kejadian.
"Mangsa menyorok di belakang kedai sebelum dia dibelasah sehingga berdarah yang mengakibatkan bahagian hidung mangsa cedera.
"Saya membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan dapati bahawa tulang hidungnya retak," katanya.
Haziyatie yang kesal dengan kelakuan lelaki itu berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, video lelaki yang dipercayai ahli perniagaan membelasah pekerja warga Bangladesh gara-gara mengotorkan kereta mewahnya menjadi viral di laman sosial Facebook.
Bagaimanapun, polis sudah menahan suspek semalam di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
kredit to hmetro
Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Hubungi Saya Jika Tidak Puas Hati Bukan Cederakan Pekerja Saya and get update.
EmoticonEmoticon