AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN

17:02
AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN

AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN




OHD Risamuddin mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta. FOTO Mohd Asri Saifudin Mamat 


Shah Alam: Ahli perniagaan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.
Mohd Risamuddin Ab Wahab, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ellyana Razali.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah iaitu patah di bahagian hidung kepada Shaheb Ali dengan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu jam 12.45 tengah hari.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car di No 30 H tingkat bawah Jalan Dinar FU3/F Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk Mohd Risamuddin membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
Ellyana kemudian mengarahkan tertuduh membayar kompaun RM5,000 kepada majikan dan mangsa pada hari ini.
Selain itu Ellyana turut memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan kepada media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka.
Mohd Risamuddin turut diperintahkan memohon maaf kepada mangsa dan majikannya di dalam mahkamah.
Video tindakan Mohd Risamuddin menampar Shaheb di premis cuci kereta berkenaan menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.
Mohd Risamuddin kemudian ditahan Ahad lalu di Damansara sebelum didakwa, hari ini. HMETRO


Kenyataan Balas PEMILIK RANGE ROVER yang difitnah

PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan.

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook bernama Eira Irya Annuar mendakwa mengenali lelaki tersebut dan memberitahu bahawa dia memang seorang yang panas baran.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahka perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.


Sumber : The Hype Media



Sumber asal: kucinghappy.com



Lelaki tampar pekerja warga asing dikecam media sosial

KUALA LUMPUR: Rakaman video seorang lelaki menampar muka seorang pekerja warga asing di sebuah kedai mencuci kereta tersebar di media sosial hari ini.

Video berdurasi 2.30 minit itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di kedai tersebut yang kemudiannya disebarkan oleh pekerja di kedai tersebut.

Dalam rakaman CCTV itu, lelaki tersebut dilihat menampar muka pekerja kerana didapati telah mengotorkan kereta yang dicucinya sewaktu mahu mencuci cermin dalam kereta tersebut.

Menurut seorang pengguna Facebook, Atie Abdul Hamid, yang memuat naik video tersebut di laman sosial, pekerja tersebut dipercayai telah memasuki kenderaan pemilik itu untuk mencuci cermin dalam kenderaan itu.

Lelaki itu berkemungkinan memukul pekerja warga asing berkenaan kerana pakaiannya yang lusuh dan kotor.

Malah,pemilik kereta tersebut turut dipercayai enggan membayar upah mencuci keretanya sebaliknya meminta RM1000 sebagai ganti rugi.

Pekerja warga asing itu yang mengalami pendarahan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Hasil x-ray kemudian mengesahkan bahawa pekerja warga asing itu mengalami patah tulang hidung.

Video itu setakat ini menerima lebih 20 ribu likes dan telah dikongsikan lebih 40 ribu perkongsian.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan lelaki tersebut dengan mempersoal sikap perikemanusiaannya.

Seorang pengguna Facebook, Azahar Harfa berkata, "Harta dunia..sekelip mata Allah boleh tarik nikmat dunia dan mohon pekerja terbabit tampil membuat laporan polis. Manusia macam ini layaknya undang-undang menghukum."

Abdullah Pengiran Matusin pula berkata, "beginilah manusia yang terpaksa menjaga hartanya sampai mati, jika dia berilmu maka sampai mati ilmu yang menjaga dia...sehingga angkuh dengan apa yang dia miliki."


Sumber: astroawani 


Punca Sebenar Pekerja Car Wash Ditampar Pemilik Range Rover


KUALA LUMPUR - Lewat petang tadi netizen digemparkan dengan video seorang pekerja asing di sebuah car wash ditampar oleh seorang pemandu Range Rover, viral di media sosial.

Susulan itu, ramai yang tertanya apakah punca sebenar lelaki itu menampar pekerja car wash yang berasal dari Bangladesh itu.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik Car Wash berkenaan yang memuat naik video itu di laman Facebooknya memberikan penjelasan punca sebenar kejadian itu berlaku.

"Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang sedang mencuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor, berpakaian lusah dan hina.

"Dia kemudiannya tidak mahu membayar kos cuci kereta, sebaliknya meminta wang RM1,000 sebagai gantirugi kerana tempat duduk telah dikotorkan ketika Bangla berkenaan sedang mengelap cermin," jelasnya.

Apa yang mengejutkan, kejadian itu tidak berakhir apabila lelaki itu kembali menyerang mangsa di belakang premis sehingga menyebabkan hidung mangsa patah dan mengalami pendarahan yang teruk.

"Rupa-rupanya dia (mangsa) kena belasah di belakang sampai berdarah-darah. CCTV belakang pula tak berfungsi. Tetapi kesan darah atas lantai ada," katanya yang juga mengesahkan kakitangannya itu patah hidung.

Dalam masa yang sama, Atie juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku itu.

"Susah nak cakap. Nak cakap lebih-lebih, customer. Orang Melayu kita baru guna Range Rover 'leather seat', punyalah bongkak. Pergi tumbuk staff Bangla sampai patah hidung sebab tak faham jangan masuk kereta untuk vacum atas alasan Bangla itu kotor.

"Setinggi mana pun langit, lu ludah kena muka lu balik bro. Kita jangan angkuh dan bongkak. Ada lagi yang guna Porsche, pemiliknya seorang pakcik tua. Dia siap tinggalkan kunci kereta suruh Bangla tolong alihkan. Aku yang serius tengok.

"Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, janganlah terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit tetapi sampai sekarang darah tak berhenti. Bangla dirujuk ke klinik. Klinik kata patah/bengkak teruk lalu dirujuk ke hospital.

"Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit," katanya yang juga menyatakan akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, netizen pula mendesak Atie mendedahkan nombor pendaftaran kereta suspek. Bagaimanapun tidak diendahkah mungkin atas faktor keselamatan. - THEHYPEMEDIA.COM
 kredit to terbaikshare

AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark AKHIRNYA PEMILIK RANGER ROVER TAMPAR BANGLA DI CAR WASH MENERIMA HUKUMAN and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.