Ziana Zain Diam Kerana Malas Layan Gosip merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ziana Zain Diam Kerana Malas Layan Gosip.
#Panas di Ziana Zain Diam Kerana Malas Layan Gosip
Berdiri di dalam dunia seni selama lebih 20 tahun bukanlah saru kerja mudah dan bagi Ziana Zain, dia bebas daripada kontroversi itu bukan satu perkara luar biasa kerana dia mempunyai cara tersendiri bagi memastikan statusnya sebagai seorang selebriti sentiasa terjaga.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
“Kenapa hendak sakitkan hati membaca perkara-perkara yang kita tahu tidak benar? Saya ada banyak lagi benda penting untuk difikirkan, setakat orang menulis tanpa usul periksa, biarkanlah mereka dengan dunia mereka”
“Saya bukan tidak boleh menerima kritikan atau merasakan diri ini baik tetapi tidak salah jika teguran itu diucapkan dengan cara yang sedikit berhemah. Kadang-kadang apabila saya melihat profil mereka yang mengata dan menulis perkara kurang manis, orangnya masih lagi remaja dan berhijab”
“Bagaimanapun, kata-katanya langsung tidak melambangkan keperibadian orang bertudung,” kata Ziana yang lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri jika ada perkara yang melanda. Malah penyanyi ini juga tidak mempunyai masalah jika teguran dibuat dengan niat memberi nasihat dan bukannya menghentam semata-mata.
Selain itu, Ziana juga kurang bersetuju dengan cara peminat selebriti yang berbalah sesama sendiri walhal mereka tidak mengenali satu sama lain pun selain sering menyatakan mereka mempunyai hak untuk bersuara.
“Barangkali itu cara mereka, saya tidak boleh menyuruh orang mengikut pendekatan serupa dengan saya,” katanya yang lebih senang untuk tidak menghiraukan komen negatif peminat. Setuju dengan Ziana. Hiraukan sahaja perkara negatif kerana masih banyak lagi perkara penting untuk difikirkan.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
EmoticonEmoticon