Video "Murder in Malaysia" : "Ini Semua Mengarut", Wartawan Akan Disiasat - KPN

13:42
Video "Murder in Malaysia" : "Ini Semua Mengarut", Wartawan Akan Disiasat - KPN merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Video "Murder in Malaysia" : "Ini Semua Mengarut", Wartawan Akan Disiasat - KPN.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menysiasat wartawan Al-Jazeera berhubung laporan bertajuk "Murder in Malaysia" yang dibuat olehnya mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Menurut Khalid siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat mahu menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Selain dari itu, Khalid turut menafikan dakwaan yang terkandung di dalam program mingguan Al-Jazeera yang bertajuk 101 East itu.

Laporan "Murder in Malaysia" turut mendakwa Sirul Azhar - individu yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain laporan itu mendakwa Sirul Azhar - yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Datuk Seri Najib Razak.

Menurut video "Murder in Malaysia", dakwaan tersebut dibuat berdasarkan apa yang diperoleh dari telefon Sirul Azhar.

"Siasatan polis tidak pernah menunjukkan ada cubaan memeras ugut perdana menteri atau seumpamanya," kata Khalid memetik laporan dari MalaysiaKini.

Mengulas lanjut mengenai video terbabit yang melaporkan Abdul Razak Baginda yang menarik picu membunuh Altantuya, Khalid berkata laporan itu mengarut dan bersifat mahu mengelirukan orang ramai.

"Ini semua mengarut. Ia adalah dakwaan tidak berasas untuk mengelirukan orang ramai.

"Siasatan rapi polis tidak menemui apa-apa bukti menunjukkan Abdul Razak ada di tempat kejadian," katanya.

Setakat ini, video tersebut mendapat lebih dari 70,000 tontonan di Youtube dalam masa kurang 2 hari ia dimuat naik -


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Video "Murder in Malaysia" : "Ini Semua Mengarut", Wartawan Akan Disiasat - KPN

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.