'Tikus Pun Makhluk Allah Juga' - Makcik Sally

12:12
'Tikus Pun Makhluk Allah Juga' - Makcik Sally merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Tikus Pun Makhluk Allah Juga' - Makcik Sally.



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Kira-kira jam 3 pagi tadi, aku dengan seorang sahabat minum di sebuah kedai mamak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ketika kami hendak menuju ke kereta masing-masing, terdengar suara yang sedang memanggil nama seseorang.


"Putih.. Putih.. Mari kat makcik meh. Ini ada makanan untuk kau," katanya


Serentak itu, aku nampak seekor kucing meluru ke arah seorang wanita berusia separuh abad yang sedang terbaring di satu lorong yang sunyi.


Wanita itu sedang baring di atas sekeping kadbod. Di sisinya pula ada dua keping ubat nyamuk yang dinyalakan di atas dua botol mineral kosong. Lalu aku menghampirinya.


Makcik itu membuka sebungkus nasi yang diasingkan pada beberapa bahagian. Satu bahagian diberikan kepada kucing. Dia kemudiannya bangun dan pergi ke arah seekor anjing yang sedang menyelongkar tong sampah berhampiran. Dia lapikkan sehelai kertas suratkhabar, lalu diletakkan satu bahagian nasi bungkusnya tadi.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Ini bahagian yang paling mengejutkan.


Sekembalinya makcik itu di tempatnya, dia letakkan pula satu portian nasi di satu lubang. Tidak lama kemudian, keluarlah seekor tikus dari lubang itu tadi dan menjamah nasi yang dikongsikan itu.


Kalau setakat kucing dan anjing, boleh diterima lagi. Ini tikus pun ditapaunya makanan! Serius aku tak pernah tengok orang nak bagi makanan pada tikus. Nak dibunuhnya tikus, ada la!


"Makcik tahu kau mungkin berasa pelik, tetapi tikus juga adalah makhluk Allah. Inilah kerja makcik setiap malam setelah pulang dari mengemis. Kalau tak dapat makanan yang NGO dok bagi kat kami orang gelandangan di sini, makcik beli nasi guna duit derma orang ramai. Makcik akan kongsi dengan semua binatang yang ada di lorong ini.


"Lepas dah bagi 'diorang', barulah makcik makan yang 'balance-balance' tu," katanya yang mahu aku memanggilnya sebagai Makcik Sally sahaja.


Dan ini bahagian yang membuatkan aku sangat tersentuh.


Makcik Sally tiba-tiba bercerita mengenai satu hadis di mana seorang pelacur diampunkan dosa kerana memberi air pada seekor anjing.  Gelandangan cakap pasal hadis beb!


"Mungkin kau ingat makcik buat kerja tak senonoh di lorong ini. Suka hatilah kau nak fikir apa pun. Tetapi, andai kata pelacur pun, ada hadis menyebut yang ada pelacur itu masuk syurga kerana bagi minum anjing tau," katanya.


Aku kagum, sangat kagum. Hampir sejam aku berborak dengannya di lorong itu sehinggakan orang yang lalu lalang di situ pun pandang pelik.


Kuala Lumpur, ada 1,001 macam kisah dan cerita. Kisah Makcik Sally ini memberikan satu pengajaran pada aku. Dia mungkin hina di mata manusia, namun Makcik Sally belum tentu hina di mata Tuhan!.


Korang boleh jumpa Makcik Sally di lorong yang sebaris dengan Restoran Nasi Kandar Yassin di jalan Tar. Lepas tengah malam, ada la dia di situ bersama dengan 'rakan-rakannya' having supper! - Syaril A. Kadir



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di 'Tikus Pun Makhluk Allah Juga' - Makcik Sally

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.