Tiap Kali MENGANDUNG, Suami Cari Wanita MUDA

04:42
Tiap Kali MENGANDUNG, Suami Cari Wanita MUDA merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tiap Kali MENGANDUNG, Suami Cari Wanita MUDA.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


As Salam. Tolong hide nama saya ye admin. Buat pembaca semua, nilaikan cerita saya ini. Bodohkah saya.


Saya seorang isteri berumur 40 tahun. Usia perkahwinan menjangkau 20 tahun. Ada 6 orang anak. Yang bongsu baru berumur setahun.


Sepanjang usia perkahwinan, tiap kali mengandung, saya kena bersiap sedia dengan perangai suami yang suka cari perempuan lain. Macam mana saya boleh tahu? Deria ke-6 seorang isteri tak pernah silap, kan?


Dipendekkan cerita, kehamilan terakhir serta tempoh berpantang saya telah membuatkan saya jadi seorang yang saya istilahkan "mental". Sbb pada wktu ini suami saya telah berjumpa semula dengan kawan sekolah lama dia dulu. Merangkap kekasih hati zaman cinta monyet.


Kalau dulu, setiap kali suami kantoi dengan peeempuan, walau macam mana mengamuk pun saya, lama kelamaan hati saya sejuk. Tapi tidak dengan perempuan ni.


Mula2 saya dapat tangkap conversation dalam FB. Suami out-station, pagi-pagi dah mesej perempuan tu dulu berbanding saya. Perempuan tu pulak mengada-ngada bagitau yang bila dia tengok cenderahati pemberian suami saya waktu sekolah dulu, dia mesti teringat suami saya.
Saya sound perempuan tu supaya jangan kacau suami saya. Dia balas dan bagitau saya supaya jangan risau. Tapi dengan suami saya dia mengadu saya serang dia. Saya kena marah suami. Saya pertahankan diri saya. Suasana diam seketika.


Sehingga saya dalam pantang, terbongkar lagi hal perempuan tu dengan suami. Melalui wechat pula. Wechat yg tak pernah ada password tiba2 ada password. Saya berjaya buka melalui nombor telefon. Disitu saya baca conversation yang buat hati saya hancur lumat. Saling bertukar ucapan rindu,bertukar emoticon love. Perempuan tu mengadu demam suami saya bukan main risau lagi sedangkan saya dalam pantang, semua urusan buat sendiri. Anak duduk wad kena kuning dia jenguk pun sekejap.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas


Saya rasa tertekan sampai saya nekad bongkar perbuatan mereka dalam group what's app sekolah suami. Ramai yang pertikaikan tindakan saya termasuk perempuan tu. Kononnya sebagai hamba ALLAH, dia malu saya buat macam tu. Saya tanya dia balik, bila kantoi baru sedar diri hamba ALLAH. Masa layan laki orang sedar tak yang diri tu hamba ALLAH?


Saya bergaduh besar dengan suami. Fikiran terganggu sampai saya x berani pegang baby. Saya takut saya cederakan baby. Keadaan berlarutan sampai sekarang walau ada kawan-kawan suami yang menasihatkan saya & beritahu saya bahawa hubungan suami & perempuan tu sekadar suka-suka. Apa makna tu?


Sekarang saya kerap ganggu perempuan tu. Saya nak dia rasa tertekan macam mana saya rasa tertekan. Sejak jumpa dia semula, macam-macam kebenaran suami saya cerita. Berkahwin dengan saya bukan sebab cinta, saya hanya menyusahkan hidup dia,


saya tak layan dia seperti kehendak dia.
Saya telan semua yg saya lalui krn fikirkan rumahtangga yg tlh lama terbina. Anak-anak yang ramai dan semakin membesar. Dan yang utama saya masih sayangkan suami.


Bodohkah saya?

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di Tiap Kali MENGANDUNG, Suami Cari Wanita MUDA

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.