Sekurang-kurang 62 jemaah HAJI TERKORBAN dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram

02:18
Sekurang-kurang 62 jemaah HAJI TERKORBAN dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sekurang-kurang 62 jemaah HAJI TERKORBAN dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas





ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



MAKKAH: Sekurang-kurangnya 62 jemaah haji terkorban dalam kejadian membabitkan kren terjatuh di Masjidil Haram, Makkah pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).


Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman twitter mereka berkata, 30 jemaah lain dilaporkan cedera.


Dalam kejadian itu difahamkan empat rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan manakala seorang patah kaki, namun belum dapat disahkan.


Kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram dikatakan tumbang sebelum menghempap jemaah.


Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.


Sementara itu wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji (TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.


"Hujan hari ini paling lebat, kira-kira setengah jam hujan turun," kata Mohd Shukri Ishak yang membuat liputan haji sejak 12 Ogos lepas.


Dalam pada itu, kerajaan sedang dalam proses mendapatkan pengesahan jika ada jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidil Haram, Makkah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Saya dimaklumkan mengenai kejadian di Makkah yang mana ada kren jatuh di kawasan Masjidil Haram.


Kerajaan sedang mengesahkan jika ada jemaah Malaysia yang terbabit," kata beliau menerusi laman Twitternya awal pagi Sabtu.







ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di Sekurang-kurang 62 jemaah HAJI TERKORBAN dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.