Pengasas CalaQisya Berkongsi Bagaimana Kehidupan Beliau Sebelum Memiliki 3 Cawangan Butik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pengasas CalaQisya Berkongsi Bagaimana Kehidupan Beliau Sebelum Memiliki 3 Cawangan Butik.
#Panas di Pengasas CalaQisya Berkongsi Bagaimana Kehidupan Beliau Sebelum Memiliki 3 Cawangan Butik
Saya adalah pemilik bersama The Calashoes dan juga sebahagian daripada peneraju Calaqisya Sdn Bhd. Tahun ini, genaplah 4 tahun saya beserta keluarga berhempas pulas dalam membangunkan syarikat kecil namun berbisa ini.
Pelbagai kepuasan dalam berniaga yang saya dapat dan tidak dinafikan pelbagai rintangan serta dugaan juga saya lalui sepanjang 4 tahun ini.
Kesemua ini bukanlah boleh saya petik di atas dahan seperti buah mempelam yang ranum, ia adalah perjalanan yang sukar.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Bila saya perhatikan kini, begitu ramai yang begitu rakus untuk mula berniaga. Tidak cukup dengan membuka perniagaan secara online melalui Facebook atau Instagram, malah ada yang terus mula dengan langkah besar dengan membuka butik.
Ini dilihatkan sebagai satu budaya yang bagus tetapi, saya mahu beritahu yang berniaga bukanlah hobi ataupun suatu minat yang datang seperti kita tiba-tiba minat hendak makan durian dan selepas tu rasa muak dan bertukar kepada makan buah lain.
Perniagaan bukanlah dunia yang boleh dibuat main-main ataupun yang penuh dengan seronok seperti mana yang selalu dibayangkan.
Berniaga adalah perkara yang mulia jika kita betul faham perniagaan itu. Berniaga adalah perkara yang suci jika kita tahu maksud sebenar perniagaan itu.
Dan ia bukanlah seperti mahu bagi tahu dunia yang siapa yang paling nombor satu, siapa paling laris jualan jubah dalam satu hari, siapa yang paling ramai orang beratur dihadapan butik dan siapa yang paling handal dalam segenap perkara.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Bagilah saya cerita sedikit sebanyak bagai mana saya mula berniaga secara kasar supaya kau orang tahu untuk sampai ke tahap yang hebat, bukan satu perjalanan yang lancar.
Saya adalah graduan master. Saya habis buat master ketika umat Islam semua tengah bersedia nak sambut bulan puasa pada tahun 2011.
Tamat sahaja saya dari hal UTM, saya ambil keputusan untuk lepak di KL kerana saya rasa lagi mudah nak uruskan The Calashoes yang ketika itu masih namanya Calaman.
Kenapa saya tidak mahu mencari kerja tetap? Puas saya mencari dan banyak jawapan yang sama saya dapat, ‘over qualified’ . Lagipun bukan jiwa saya bekerja dengan orang.
Pada masa yang sama juga, mudah untuk saya bantu Yana dalam hal perihal Calaqisya. Saya tumpang rumah sewa kawan saya, Azry. Saya kenal dia pun di UTM. Kita orang sama sama lepak di UTM.
Dalam rumah sewa tu, ada 2 orang lagi menyewa. Majid dan Amat. Majid dan Azry ni kerja dia jadi jurutera. Amat pula kerja dekat restoran Subway.
Amat dari Pahang dan dah 5 tahun merantau ke KL untuk bekerja. Saya pula selamba kering tak ada kerja tetap dan hanya mengharapkan pendapatan hasil menjual kasut secara online.
Ketika itu, berapa sangatlah yang saya dapat. Nama pun belum orang kenal. Selain online, saya juga kena turun padang ke bazar-bazar sekitar KL atau Selangor.
Saya tak tahu kenapa saya berani betul buat keputusan yang hilang akal ni. Ikutkan lagi sedap lepak rumah mak ayah saya di Seremban.
Makan senang dan tidur pun enak. Tapi saya ada cakap dekat mak yang saya tak nak kerja bawah orang sebab saya susah nak dengar cakap orang.
Lagi-lagi bila benda yang disuruh tu langsung tak masuk akal. Saya akan protes dan rebel. Saya suka melawan dan bergaduh.
“Kau buat la apa yang bagus, jangan buat benda haram sudah la”, mak kasi nasihat.
Saya tahu mak sebenarnya risau dan tak berapa nak setuju dengan keputusan saya. Mak siapa tak nak anak kerja jawatan yang bagus-bagus dalam syarikat yang hebat?
Saya lepak rumah Azry hanya bermodalkan bantal dan selimut. Azry bagi pinjam dia punya tilam. Saya tidur depan tv dekat ruang tamu. Rumah sewa tu bukannya besar mana. Rumah jenis flat dekat Wangsa Maju.
Lepas seminggu saya lepak rumah Azry, saya mula rasa segan. Lepak macam hotel. Pagi saya keluar dan malam baru balik untuk tidur. Saya tengok Azry dan budak lain buat tak peduli dengan saya.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Saya ada juga perasaan nak tanya ok ke tidak, saya lepak rumah dia orang. Tapi bila fikir balik, gila apa nak tanya tengah orang dok bagi duduk percuma kot. Lantak situ.
Untuk menghilangkan rasa bersalah, saya tolong kemas rumah dia orang. Bila semua pergi kerja, saya akan basuh cawan, sapu sampah dan kadang kadang cuci tandas.
Bila cukup bulan, saya hanya ada RM50 untuk saya bagi pada Azry sebagai duit sewa rumah. Amacam? Haram jadah tak perangai saya? Duduk rumah sewa tapi bayar RM50 sahaja.
Saya tumpang rumah sewa Azry memang sehelai sepinggang. Nak makan memang kena catu betul-betul. Silap kira, memang minum air kosong.
Biasanya, sebelah malam sebelum tidur, saya mesti bayangkan makanan yang sedap sedap supaya saya tidur dalam keadaan yang tak lapar. Saya tak banyak duit nak makan betul-betul.
Bukanlah saya tak ada duit langsung nak makan, cuma saya nak kumpul modal untuk saya tambah stok saya.
Saya memang bermula dari bawah. Modal awal yang ada hanya RM500. Untuk berniaga kasut dengan modal sebanyak itu memang dikira sedikit sangat. Tiada pilihan, saya kena ikut kata orang, sedikit-sedikit lama-lama banyaklah.
Kalau saya makan roti belah pagi, bolehlah saya makan mamak belah malam. Kalau saya makan best sikit belah pagi, nanti malam memang saya minum jelah.
Untung jualan yang saya dapat, banyak saya pusing balik jadi modal. Saya kumpul sikit-sikit. Kalau keluar buat bazar, selalu dapatlah makan benda best sebab dapat untung lebih dari biasa.
Rumah sewa dekat Wangsa Maju ni, kedudukan dia dekat bawah bukit. Untuk sampai ke rumah, saya kena turun tangga yang curam.
Selain menggunakan tangga, saya juga boleh ikut laluan bukit yang curam. Laluan ini kena melompat longkang yang dalam dan hanya ada ranting pokok sahaja tempat untuk memaut. Potensi untuk berguling jatuh adalah tinggi. Lebih-lebih lagi jika selipar yang saya pakai sudah haus tapakya.
Saya selalu angkut semua barang-barang niaga saya menggunakan tangga yang satu itu. Berat barang tak usah ceritalah. Sehinggakan suatu hari saya terduduk semput akibat pernafasan yang kurang stabil.
Kena jugalah masukkan gas oksigen dalam paru-paru bila saya pergi Hospital Kuala Lumpur. Itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi warga KL yang sejati.
Mak selalu suruh saya cari kerja tetap yang stabil. Mungkin mak kesian kot tengok saya. Walaupun saya tidak cerita dekat mak, tapi power seorang mak siapa yang tahu.
Saya bukan tidak hendak kerja tetap. Walaupun sijil master cantik dalam fail, saya hanya simpankan ia dalam almari sahaja. Saya memang jenis tak boleh tahan bila orang suruh-suruh. Ini menunjukkan yang saya adalah seorang yang boleh tahan keras kepala.
Nasib baik kawan serumah saya semua baik hati. Jenis tak kisah janji saya tak buat benda haram. Kadang kala, saya naik segan dengan budak-budak rumah.
Bila waktu pagi, semua sibuk bersiap nak pergi kerja. Saya tenang minum kopi depan laptop tengok drama. Untuk mengelakkan rasa segan yang tebal, saya selalu bersiap sama pagi tu seolah olah saya ada tempat kerja yang saya perlu pergi.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Saya bangun sama macam dia orang, mandi dan pakai bedak yang istimewa. Bezanya dia orang pakai baju kemas siap baju masuk dalam seluar slack, saya cuma pakai t-shirt dan seluar jeans lepas tu bersila depan laptop tangan pegang cawan mata tengok skrin.
Ada orang bagitahu suruh saya buat pinjaman bank. Sebenarnya, bank hanya akan kasi pinjam pada orang yang ada duit sahaja. Gila apa bank nak bagi pinjam dengan orang yang dia tak yakin boleh bayar balik pinjaman tu sekali dengan faedah.
Mana ada iklan bank yang tulis ‘kami menolong orang susah’. Saya pergi juga jabatan kerajaan atau separuh kerajaan yang ada bagi pinjaman pada peniaga kecil.
Tapi semua kena lalui proses perit. Kena masuk kursus, kena isi borang yang entah apa-apa dan banyak gila proses yang memualkan. Kesudahnya, entah dapat ke tidak.
Itulah sebabnya saya lebih rela untuk kumpul sikit demi sedikit dan Alhamdulillah sekarang, saya masih lagi menggunakan teknik yang sama tanpa sedikit pun bantuan dari bank atau pinjaman dari mana-mana jabatan kerajaan ataupun swasta.
Bila sistem ini saya amalkan, saya dapati benda ini bagi saya satu kesedaran yang bukanlah benda yang senang untuk saya berada dikedudukan yang saya ada sekarang dan saya lebih berhati-hati dan tidak cepat lupa diri.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
EmoticonEmoticon