Pasangan KEKASIH perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni?? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pasangan KEKASIH perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni??.
#Panas di Pasangan KEKASIH perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni??
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEz-aN9ckW9j2teCp2Nae1HqSinYQ5VILw4RRz1dPqj9ojJEgqqZP-vy9xJhwYEHDDFKiYHzRx4QSvayM0A8GnWIXC1qFkTpkKN5V-z3oUZjehTkm_p4f2j6oGTxybObXKH2ODW_nB3oM/s640/dasdsadasdsa.jpg)
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Gombak: Sepasang kekasih yang cuba merompak kedai serbaneka bersenjatakan parang sebaliknya dikepung dan diberkas orang ramai.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Khamis lalu, pasangan itu bersama dua lagi suspek lelaki dikesan cuba merompak premis terletak di Rawang, di sini.
Difahamkan suspek lelaki ditangkap itu berani melakukan jenayah walaupun tangan kirinya berbalut akibat patah sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu yang dipercayai aktif melakukan kes samun premis kedai 24 jam di daerah ini.
“Pasangan itu ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi suspek lelaki ditahan di Batu Caves, di sini, berdasarkan maklumat diberikan kepada polis susulan tangkapan pertama.
“Semua suspek tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas parang digunakan suspek ketika melakukan rompakan itu.
Penahanan pasangan kekasih itu menjadi viral di laman sosial apabila suspek didakwa cuba mencuri kereta di Sri Gombak, di sini.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
#Panas di Pasangan KEKASIH perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni??
EmoticonEmoticon