Kerana Terlampau Lapar, Kanak-Kanak Terjun Dari Tingkat 2

19:32
Kerana Terlampau Lapar, Kanak-Kanak Terjun Dari Tingkat 2 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kerana Terlampau Lapar, Kanak-Kanak Terjun Dari Tingkat 2.
type='html'>


PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.

Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.

“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar…nak pergi pejabat mama,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Kerana Terlampau Lapar, Kanak-Kanak Terjun Dari Tingkat 2

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.