Emma Maembong Berdamai Dengan Pereka Fesyen merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Emma Maembong Berdamai Dengan Pereka Fesyen.
Insiden bermasam muka di antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan Emma Maembong sejak tahun lalu berakhir apabila Emma tampil memohon maaf di atas perkara yang berlaku sebelum ini. Menurut Ezuwan, Emma berjumpa dengannya secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
“Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya”
“Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu,” jelasnya kepada mStar Online.
Menurut Ezuwan, semuanya bermula apabila Ezuwan berkecil hati apabila baju rekaannya tidak dipakai oleh adik aktres itu, Chacha Maembong semasa sebuah majlis anugerah pada November tahun lalu. Emma yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ezuwan di Facebook tampil membela adiknya dengan mempersoalkan sikap pereka fesyen berkenaan.
“Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka,” katanya.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
#Panas di Emma Maembong Berdamai Dengan Pereka Fesyen
EmoticonEmoticon