Duit Nafkah Dari Suami

11:00
Duit Nafkah Dari Suami merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Duit Nafkah Dari Suami.


Seperti hari-hari yang lain, setiap hari atau berselang, telah selama 24 tahun sejak malam akad nikah kami pada 15 Februari 1991, inilah yang sering berlaku di setiap pagi.


Sama ada saya melihat ada duit terselit di celah beg tangan atau saya melihat purse ternganga disumbat dengan beberapa keping not Ringgit Malaysia di dalamnya.


Saya ingat, sebaik saja bernikah, saya serahkan kad ATM saya kepada suami dengan kata-kata paling tulus.


"Ini kad gaji saya. Saya minta awak uruskanlah kewangan kita berdua dan keluarga kita. Bila ada anak-anak nanti, buatlah dengan baik dan amanah. Awak khalifah saya, saya akan patuh pada awak. Kalau saya perlu duit, saya akan minta dari awak,"


Dan semenjak itu, menjadi amalan si suami menjenguk purse saya setiap hari. Kalau masih banyak bersisa, dia tidak akan menambah. Tetapi kalau berkurangan, dia akan masukkan sedikit lagi.


Dan menjadi amalan saya pula, kalau memerlukan sedikit wang lebih, saya akan memaklumkan kepada dia. Sebagai contoh, hari ini saya ada meeting dengan client di Starbuck. Mungkin saya yang kena bayar. Suami akan menghulur tambahan sekeping dua lagi tanpa pernah merunggut atau mengeluh.


Sepanjang saya bekerja makan gaji, selama 16 tahun di Karangkraf, dari belum beranak sehinggalah mempunyai 6 cahaya mata, saya sangat bersukur yang hidup kami anak beranak sempurna dan selesa.


Sejak bernikah, saya tidak pernah mengambil tahu hal kewangan keluarga. Suami yang menguruskan kesemuanya. Dari hal membayar semua bil, menabung, hinggalah perbelanjaan dapur semua.


Saya juga sudah tidak pernah mengeluarkan wang dari ATM. Sehingga sekarang, jangan disuruh, saya memang tak tahu sebab dah lupa.


Apabila kami berniaga bersama-sama dengan Leesa Formula, Serenity Spa & Hajaba, amalan suami menguruskan kewangan keluarga berterus ke perniagaan pula.


Walaupun orang selalu kata saya jutawan, wang belanja saya yang ada di dalam purse dan beg tangan saya, suami tetap masukkan not ringgit setiap pagi juga.


Amalan yang sama semenjak 24 tahun yang lalu.


Walaupun orang berkata saya jutawan, sejujurnya saya tidak pernah mengambil tahu berapa wang yang ada di dalam akaun peribadi saya.


Cuma sesekali, suami memanggil saya dan ditunjukkan buku bank saya, semua penyata akaun bank, dia perlihatkan geran-geran kereta dan hartanah saya atas paksaan agar saya tahu apa yang saya ada. Semuanya telah cantik diuruskan oleh suami untuk saya.


Dia juga tetap mahu saya mengetahui bahawa di dalam setiap akaun bank mahupun akaun tabung haji saya, simpanan untuk saya melebihi sebanyak 30% berbanding dirinya. Itu kehendak dan apa yang dilakukannya itu tanpa berunding pun dengan saya. Dia yang membuat keputusan sendiri, semua harta sepencarian kami, milik saya melebihi dia.


Selalunya saya buat acuh tak acuh saja. Saya tengok semua itu sambil tergelak-gelak saja.


"Kenapa buat macam tu? Saya bukan mata duitan,"


Suami berkata, itulah ikrar dia pada dirinya yang dia mahu melebihkan saya kerana dia menghargai kepercayaan yang saya berikan pada dia.


Begitulah, mempercayai dirinya, memuliakan dirinya dengan membiarkan dia yang mengurus wang saya agar dia tidak perlu merendahkan harga dirinya meminta wang untuk bersama-sama membina keluarga dari seorang isteri.


Juga agar dia merasa seolah-olah semua wang kami berdua adalah miliknya hingga dia bebas berbuat apa jua keputusan dalam menguruskannya. Mungkin diberkati Allah hingga memberi kami berdua rumahtangga yang aman dan rezeki yang melimpah.


Sehingga ke hari ini saya rasa sungguh syahdu menerima setiap huluran wang darinya walaupun wang itu sebenarnya adalah wang saya.


Saya juga masih meneruskan amalan saya dan tidak akan sesekali membeli sesuatu barangan tanpa meminta izin daripada suami.


Terima kasih Allah kerana mengajar saya berlapang dada dalam menghormatinya, seorang suami, anugerah terbaik Allah buat diri saya. - Mona


#Panas di Duit Nafkah Dari Suami

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.