'Datin, Kau Memang Perempuan Melayu Yang Berhati Busuk!' - Rita Rudaini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Datin, Kau Memang Perempuan Melayu Yang Berhati Busuk!' - Rita Rudaini.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
#Panas di 'Datin, Kau Memang Perempuan Melayu Yang Berhati Busuk!' - Rita Rudaini
Baru-baru ini Rita Rudaini meluahkan perasaan geramnya di laman Instagram mengenai insiden yang berlaku pada dia dan anak-anaknya yang dalam penerbangan pulang dari London ke Malaysia.
Hanya kerana anaknya tertendang kerusi penumpang di hadapan, seorang wanita, isteri kepada seorang Dato', memarahinya secara terjerit-jerit. Baca luahan hati Rita di bawah:
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Macam inilah keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dengan menempuh 13 jam penerbangan. Apa-apa pun, kami tetap selesa dengan MAS.
Tetapi yang tak selesanya, manusia Melayu berlagak depan seat aku ini. Maaf, terpaksa bahasakan diri 'Aku' sebab geram.
Depan aku ini ada satu keluarga. Suaminya, aku difahamkan berpangkat Dato', kerja berjawatan bos (bukan CEO) di sebuah syarikat suratkhabar bahasa Malaysia terkenal di negara kita. Tak payah sebut nama, nanti orang kenal, glamour pula.
Mereka duduk tiga beranak di depan aku. Isteri dia, bila tengking aku, dengan kasarnya sambil bangun dan pusing belakang dan tunding-tunding kat aku dengan bongkaknya berkata,
"Please ask your kid's don't kick my seat!!"
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Wow! Hebatnya Melayu macam kau. Kau tak boleh cakap elok-elok ke? Mana adab dan budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pun beradab bila bercakap dengan kita. Hanya dsebabkan Ryan mengigau dan nak beralih posisi, kakinya tersentuh belakang seat wanita itu.
Come on la makcik Datin. Budak je kot? Tengah tidur, mana dia sedar? Kau pun bukannya tengah tidur, dok melayan cerita omputih sebab kau feeling mat saleh. Sebab itu dengan aku orang Melayu sebangsa kau pun kau nak jerit cakap omputih. Aku malu nak mengaku kau bangsa aku.
Bongkak, sombong, selfish, berlagak, poyo, muka ketat, semua pakej ada pada kau. Kalau kau nak selesa dan nak privacy, kau duduklah business class barulah class macam title kau 'Datin'.
Aku memang diam tak menjawab apa yang kau tengking sebab aku tak nak jadi low class macam kau terjerit-jerit atas flight. Bukan sebab aku takut, kalau dengan budak kecil pun kau nak berkira, kau memang jenis perempuan Melayu yang hati busuk sebusuk-busuknya.
Biasalah kalau kita duduk economy class, siapa yang bergerak belakang kita, akan terasalah. Biasalah tu kan? kenapa semasa kerusi bergoyang disebabkan cuaca tidak elok, kau tak pergi tengking pilot di kokpit tu?
Aku bukan nak puji Mat Saleh tetapi memang kenyataan. Semasa atas flight nak pergi London pun, ramai bdauk-budak buat bising lagi atas flight dan anak aku dok belakang bangsa lain bising-bising pun mereka boleh senyum dan gelak sahaja.
Baru pangkat Datin kau dah sombong semacam. Belum kaya macam Arab di London itu lagi. Suami kau di sebelah pun tak malu ke tengok perangai isteri macam kau? Boleh buat 'kering' jer. Bagus didikan kau kat isteri dan anak kau. Pangkat dan kekayaan kau tak boleh bawa pergi kubur. Esok-esok kau mati pun masuk dalam tanah juga. Bukan duduk atas seat emas! Korang memang Melayu yang lupa diri itu Melayu. Sekian!
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
EmoticonEmoticon