Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0

14:42
Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0.





BENDERA warna pelangi yang merupakan simbol rasmi kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) nampaknya berkibar megah pada perhimpunan haram Bersih 4.0.


Kelihatan, bendera golongan songsang dilaknat Allah SWT itu penuh bangga diangkat bersebelahan dengan bendera Jalur Gemilang dalam gambar yang menjadi viral di media sosial sejal awal malam Sabtu.


Jika diikutkan, agenda utama yang dibawakan hasil daripada perhimpunan Bersih sudah jauh daripada apa yang pernah diusahakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini.


Kami masih ingat lagi, objektif asal perhimpunan jalanan Bersih yang pertama berlangsung pada 2007 lalu hanyalah mahu melihat sebuah pilihan raya dijalankan secara ‘bersih’.


Namun ketika Bersih 2.0 iaitu pada 2011, kita dikejutkan dengan agenda sebenar perhimpunan ini yang sudah jauh daripada matlamat asal apabila pengerusinya waktu itu, Datuk S. Ambiga menyokong perjuangan LGBT.


Ternyata Bersih kini bukan saja menjadi alat parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR, ia juga sedia mendukung agenda pelan songsang induk yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka.


Selain itu, poster memaparkan watak Batman dan Superman bercium kelihatan di beberapa tempat Bersih 4.0 sudah terang-terangan bawa hasrat mahu kerajaan meluluskan golongan songsang ini dalam perlembagaan.


Apakah agenda LGBT yang tersirat dibawakan menerusi Bersih 4.0 selari dengan matlamat agenda perjuangan parti-parti politik pembangkang yang mendukung demo haram tersebut?


Adakah ini juga merupakan wadah progresif Islam terbaharu yang mahu dibawakan oleh sebuah NGO dikenali Gerakan Harapan Baru (GHB) yang rata-rata terdiri daripada umat Islam?


Serta tidakkah mereka ‘peduli’ dengan agenda terkutuk LGBT menerusi Seksualiti Merdeka yang sengaja dibawakan oleh Bersih 4.0 selama ini?


Sebagai seorang Muslim, berfikirlah sedalam-dalamnya mengenai agenda halus yang datang bersama ‘matlamat’ yang terdapat di dalam Bersih 4.0.


Dalam kata lainnya, umat Islam yang menyertai perhimpunan jalan Bersih 4.0 secara tidak langsung atau secara automatiknya menyokong agenda memartabatkan keunggulan LGBT.


Lupakah anda mengenai peristiwa azab yang menimpa kepada umat kaum Nabi Luth di mana mereka telah dimusnahkan dengan bencana yang sangat ngeri dan dahsyat akibat daripada budaya songsang ini?


Pedih tapi itulah hakikatnya. Auwwww!!!


#Panas di Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.