Azad Jazmin Dan Isteri Serta Anak Terlibat Kemalangan Ngeri !!

20:42
Azad Jazmin Dan Isteri Serta Anak Terlibat Kemalangan Ngeri !! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Azad Jazmin Dan Isteri Serta Anak Terlibat Kemalangan Ngeri !!.



Bagai diberi peluang hidup kali kedua – begitulah antara luahan Azad Jazmin apabila dia telah terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan isteri, anak dan adik lelakinya ketika di luar terowong Ipoh. Menurut Azad, kereta yang dipandunya berpusing sebanyak lima kali berpunca daripada minyak tumpah di kawasan luar terowong itu.

“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas”

“Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya. Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu”

“Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika,” katanya kepada BH Online. Seriously wahai peminat? Sempat lagi mahu bergambar?

Mempercayai apa yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya, Azad dan juga isteri merancang untuk mengadakan doa selamat ketika Hari Raya Aidiladha. Semoga urusan dan keselamatan pasangan ini sentiasa terjaga dan dipermudahkan.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas #Panas di Azad Jazmin Dan Isteri Serta Anak Terlibat Kemalangan Ngeri !!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.