'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?' 'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Ada ibu yang mengadu, katanya taska anak dia tidak mahu menerima budak-budak demam. Asal ada budak demam saja, pihak taska akan hubungi ibu. Minta datang jemput anak dia dan hantar ke klinik.
"Kalau macam ini, teruklah. Macam mana saya nak fokus pada kerja? Kan kita dah bayar yuran. Jagalah budak demam pun. Ini nak budak yang sihat saja. Yang sakit tak nak jaga," katanya.
Saya diam dan mendengar bebelan dia.
"Sepatutnya pihak taska sediakanlah ubat. Budak-budak kan selalu demam. Takkan tak ada ubat demam di taska? Yuran mahal-mahal, ubat pun kedekut nak beli. First Aid ada, tapi ubat demam tak ada. Apa punya taska, nak untung lebih saja," sambung si ibu itu lagi.
Saya diam dan tersenyum. MasyaAllah, ada lagi ibu yang tidak faham rupanya.
Kepada puan,
Saya tanya, berapa yuran bulanan taska anaknya.
"RM280. Sudahlah buka lima hari saja seminggu. Nak hantar hari Sabtu pun nak minta caj lain. Teruk!" katanya.
Saya pun bertanya lagi, "berapa yuran yang puan rasa patut puan bayar untuk satu hari orang jaga anak puan? Jaga dari pagi sampai petang, mandikan, suap makan, bancuh susu, basuh botol susu dia,basuh kencing berak dia, tukar lamping, pujuk di kala anak menangis, main bersama agar anak gembira, asuh lagi, ajar anak bercakap, mendengar cerita anak, beri dia kasih sayang di saat ibu tiada di sisi, buat aktiviti bersama, jaga dari bahaya, beri perhatian, berapa yuran nak dibayar sehari atau sejam?"
Dia terdiam sejenak. Mungkin sedang mengira-ngira kos yang difikirkan wajar.
Saya senyum. Kiralah, congaklah. Saya sudah lama congak, saya dah lama mengira. Kalau setakat RM280 itu, tak perlulah dengki. Tak kaya raya mana pun pengusaha taska itu. Kalau RM280 itu besar sangat, jaga sendirilah anak.
Dia masih diam, mungkin belum habis mengira. Saya senyum dan berlalu membiarkan dia dengan pengiraan yang masih belum selesai.
Anda nak tolong puan ini kira? Silakanlah.
Ini bukan kes di taska saya. Saya kongsikan aduan ibu ini untuk kita fikirkan bersama. Oh ye, purata hari taska beroperasi kalau dibuka lima hari seminggu adalah 22 hari sebulan. Kalau hantar anak dari jam 7.30 pagi, jemput jam 5.30 petang. Maknanya 10 jam sehari. Silalah kira, RM280 ÷ 22 hari ÷ 10 jam =
Mahal ke??
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?' and get update.
'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?'
Gambar kiri, hiasan sahaja

- Cikgu Taska adalah pengasuh. Mereka bukan jururawat terlatih. Jadi jangan biarkan budak sakit untuk dia jaga.
- Cikgu Taska bukan jaga anak anda seorang. Anak demam dan sakit perlukan perhatian dan penjagaan yang lebih. Ibu yang lebih patut berada di sisi anak mereka sendiri. Lagi pun, memang anak demam dan sakit tidak boleh dihantar ke taska dan ini adalah peraturan.
- Taksa bukan farmasi. Kita tidak bekalkan ubat. Nak suap ubat pada anak yang diasuh pun kena ada kebenaran bertulis daripada ibu bapa. Risikonya, kami tak berani tanggung apatah lagi nak suapkan ubat yang bukan disyorkan doktor kepada anak itu. Ini adalah dilarang. Dalam First Aid memang tiada ubat demam.
Saya tanya, berapa yuran bulanan taska anaknya.
"RM280. Sudahlah buka lima hari saja seminggu. Nak hantar hari Sabtu pun nak minta caj lain. Teruk!" katanya.
Saya pun bertanya lagi, "berapa yuran yang puan rasa patut puan bayar untuk satu hari orang jaga anak puan? Jaga dari pagi sampai petang, mandikan, suap makan, bancuh susu, basuh botol susu dia,basuh kencing berak dia, tukar lamping, pujuk di kala anak menangis, main bersama agar anak gembira, asuh lagi, ajar anak bercakap, mendengar cerita anak, beri dia kasih sayang di saat ibu tiada di sisi, buat aktiviti bersama, jaga dari bahaya, beri perhatian, berapa yuran nak dibayar sehari atau sejam?"
Dia terdiam sejenak. Mungkin sedang mengira-ngira kos yang difikirkan wajar.
Saya senyum. Kiralah, congaklah. Saya sudah lama congak, saya dah lama mengira. Kalau setakat RM280 itu, tak perlulah dengki. Tak kaya raya mana pun pengusaha taska itu. Kalau RM280 itu besar sangat, jaga sendirilah anak.
Dia masih diam, mungkin belum habis mengira. Saya senyum dan berlalu membiarkan dia dengan pengiraan yang masih belum selesai.
Anda nak tolong puan ini kira? Silakanlah.
Ini bukan kes di taska saya. Saya kongsikan aduan ibu ini untuk kita fikirkan bersama. Oh ye, purata hari taska beroperasi kalau dibuka lima hari seminggu adalah 22 hari sebulan. Kalau hantar anak dari jam 7.30 pagi, jemput jam 5.30 petang. Maknanya 10 jam sehari. Silalah kira, RM280 ÷ 22 hari ÷ 10 jam =
Mahal ke??
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'TERUKLAH TASKA MACAM NI, CAMNE NAK FOKUS KERJA?' and get update.
EmoticonEmoticon