Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi

20:24
Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi

Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi



KUALA PILAH - “Saya sering menasihatkan Nurhidayah jika ada orang yang tidak dikenali mengajak naik kenderaan, jangan dilayan,” kata bapa mangsa  kes cubaan menculik di hentian bas di Terachi, Mohamad Darus Isa, 54, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa Nurhidayah, 17, didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang mempelawa mangsa menaiki van untuk menghantarnya ke sekolah.

Menurut bapa mangsa, dia hanya dimaklumkan kejadian itu selepas waktu persekolahan kira-kira jam 6 petang.

“Saya dapat panggilan telefon daripada ibu rakan anak saya yang memaklumkan tentang kejadian itu. Saya memang terkejut, lalu bergegas ke rumah anak rakan di kampung Mampas Kecil.

“Sebaik tiba, Nurhidayah menceritakan apa yang berlaku. Bila dengar ceritanya, saya terus bawa dia ke Balai Polis Terachi untuk buat laporan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya kampung Air Hitam Batu 16 ½ Terachi, semalam.

Mohamad Darus berkata, pada waktu kejadian, anaknya sendang menunggu bas untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh.

Menurutnya, ketika bersendirian di hentian bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, tiba-tiba sebuah van berhenti di hadapan anaknya.

“Seorang daripada tiga lelaki itu keluar kenderaan, bertanya hendak ke mana dan mempelawa anak saya untuk dihantar ke sekolah. Bagaimanapun, anak saya enggan kerana ingat nasihat saya supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali.

“Akibat enggan ikut arahan, seorang lagi lelaki keluar dari kenderaan dan menarik serta mengugut anak saya dengan pisau lipat,” katanya.

Jelasnya, anaknya turut dipukul di bahagian belakang dengan menggunakan objek keras kerana cuba melepaskan diri.

Mohamad Darus berkata, anaknya cedera di tangan kanan akibat terkena pisau lipat.

“Anak saya berjaya melepaskan diri setelah dia menendang kemaluan salah seorang lelaki berkenaan.

“Saya sering cakap dengan anak, kalau berada dalam situasi cemas dan cara untuk pertahankan diri adalah dengan menendang kemaluan mereka. Alhamdulillah, anak saya praktik apa yang saya katakan,” katanya.

Katanya, selepas anaknya berjaya melepaskan diri, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki van menghala ke Kuala Pilah.

“Bagaimanapun, anak saya tetap ke sekolah dengan menaiki bas kerana perlu menduduki peperiksaan penting untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, pihaknya telah menerima laporan dari mangsa pada petang kejadian.

Menurutnya, hasil pengecaman, ketiga-tiga suspek dipercayai lelaki Melayu berdasarkan bahasa percakapan yang digunakan.

“Mangsa tidak dapat mengecam ‘foto fit’ kerana pada waktu kejadian suasana masih gelap,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan disahkan hanya mengalami kecederaan ‘soft tissues injuries’.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Hampir jadi mangsa culik van putih di Terachi and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.