16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata

09:21
16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata 16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata

16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata



Berikut adalah 16 tips yang sangat penting untuk kita tahu sekiranya berdepan dengan tear gas:

Sebelum gas pemedih mata dilepaskan

1. Sekiranya anda nampak pihak keselamatan mula mengenakan topeng muka, bermakna gas pemedih mata akan dilepaskan.

2. Sekiranya anda memakai kanta pelekap (contact lense), tanggalkannya dengan segera, jangan gunakan kanta pelekap ini walaupun keadaan telah reda. Pakai cermin renang (goggle) sekiranya ada.

3. Tutup mulut dan hidung rapat dengan kain yang dibasahkan dengan air kosong (sebaiknya dibasahkan dengan air limau).

4. Sekiranya anda ada baju hujan, maka pakai baju dan seluar hujan dengan kemas serta tutup kepala anda dengan penutup kepala.

5. Jangan gunakan losyen atau minyak sebagai pelindung kulit kerana ini akan lebih memburukkan keadaan kerana losyen dan minyak akan memerangkap kimia gas pemedih mata pada kulit anda.

Ketika gas pemedih mata dilepaskan

6. Cuba bertenang, Jangan Panik! Jika anda panik, suhu badan anda akan meningkat dan akan lebih memedihkan lagi mata dan kulit anda. Cuba bergerak keluar dari asap gas pemedih mata.

7. Jangan sentuh muka dan mata anda dengan tangan.

8. Hembus hidung, dan ludahkan keluar kimia yang terdapat dalam gas pemedih mata daripada mulut.

9. Jangan sentuh tin gas pemedih mata yang dilepaskan, ianya panas.

10. Sekiranya anda dapati ibu mengandung atau kanak-kanak berada di kawasan tersebut, gunakan sarung tangan kulit untuk mencampakkan tin gas pemedih mata tersebut ke kawasan yang tiada orang. (Jangan campakkan tin gas pemedih mata tersebut ke arah pasukan keselamatan).

Selepas berada di kawasan yang terdedah kepada gas pemedih mata

11. Basuh pakaian yang dipakai secara berasingan daripada pakaian harian yang lain. (gunakan air sejuk)

12. Mandi dengan air sejuk/bersuhu sederhana. Jangan gunakan sabun dan elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menyebabkan pembukaan liang roma dan membolehkan ejen lakrimator yang terdapat pada tubuh masuk ke dalam badan.

13. Jangan meletakkan sebarang losyen atau krim pada kulit yang terjejas kecuali setelah mendapat nasihat pakar atau setelah tubuh badan dibersihkan atau selepas 6 jam. (CS larut di dalam lemak, maka penggunaan krim mahupun losyen hanya akan memburukkan keadaan)

14. Boleh gunakan ais yang dibalut dengan kain bagi mengurangkan rasa pedih pada kulit.

15. Kelewatan di dalam membersihkan diri mahupun berterusan membiarkan diri terdedah dengan gas pemedih mata juga akan memberikan kesan yang buruk seperti radang kulit.

16. Jika menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk seperti blister, penyakit berkaitan sistem pernafasan, dan serbuk CS mengenai mata pada kuantiti yang banyak, maka dinasihatkan agar segera berjumpa doktor di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan.

Begitulah sedikit sebanyak info yang kita perlu tahu mengenai perlindungan terhadap gas pemedih mata. Harap tips-tips di atas dapat membantu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.