Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral

21:10
Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral

Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral



Tindakan pelakon Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari membersihkan tanda di sebuah stesen minyak rehat dan rawat (R&R) di Sungai Perak rupanya menjadi bualan ramai pihak dan menjadi viral di laman sosial.




Apa tidaknya, kebersihan tandas sepatutnya menjadi keutamaan pengurusan setiap stesen minyak R&R kerana ia menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk singgah membuang air atau bersolat di surau yang disediakan.

Namun kecewa dengan keadaan tandas itu, Yana dan suami sanggup menarik hos pili bomba untuk membersihkan tandas meskipun tindakan mereka cuba dihalang oleh salah seorang pekerja stesyen minyak berkenaan.

Salah seorang pelayar Facebook, Zeezah Jamil yang meninggalkan komen di posting Facebook Yana mengakui melihat tindakan terpuji pasangan suami isteri itu.






Malah Yana dan Fadzil juga dikhabarkan membeli beberapa botol air mineral untuk digunakan mereka yang sedang beratur mahu menggunakan tandas.

Yana dalam pada itu berkata tindakannya suami isteri bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya kerana tidak selesa dengan keadaan tandas apabila mahu menggunakannya.

“Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu.

“Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu.

“Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.

“Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu,” jelas Yana.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Tindakan Yana Samsudin Dan Suami Basuh Tandas R&R Yang Sangat Kotor Jadi Viral and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.