Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat!

08:17
Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat! Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat!

Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat!



Rokok Elektronik : Baru-baru ini, heboh pasal rokok elektronik yang dikatakan, tidak boleh dijual, disimpan dan di edar oleh kerana ianya dikatakan salah di sisi undang.



Rokok Elektronik @ E-cigarette?

Kita sedia maklum, hal-hal berkaitan rokok ini, lebih-lebih kepada perokok tegar, nasihat untuk berhenti merokok memang macam “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” sahaja.Pelbagai kempen yang dibuat oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk mendidik rakyat tentang bahaya merokok. Ada yang ikut, namun kebanyakannya masih lagi merokok.

Namun, dalam survey yang diadakan, kebanyakan yang berhenti merokok atau ingin berhenti merokok, bukanlah disebabkan meningkatnya kesedaran mereka terhadap bahaya bahan-bahan kimia dan kesan merokok terhadap diri sendiri atau orang lain, tetapi kerana harga rokok yang sekarang terlalu mahal.

Namun harga rokok yang mahal juga bukanlah satu halangan bagi perokok-perokok tegar. Ada sahaja rokok-rokok “seludup” yang lebih murah, ya sangat murah sehingga ada yang semurah RM 2.50 sekotak yang mengandungi 20 batang rokok. Kuantiti yang sama dengan rokok-rokok “mahal dan standard” yang lain, tetapi dengan harga yang lebih murah, membuatkan perokok-perokok ini mempunyai sebab dan alternatif lain untuk tidak berhenti merokok.

“Aku kalau tak dapat rokok lepas makan, boleh sasau dibuatnya”

Namun, sejak beberapa tahun ini, muncul pula satu fenomena baru yang secara umumnya, lebih dikenali sebagai “Rokok Elektronik @ E-Cigarette @ Rokok Elektrik ” di kalangan perokok-perokok ini. Fungsinya sama, masih membenarkan cara merokok yang konvensional, iaitu boleh pegang dan mengeluarkan asap.



Cuma asap yang keluar dari rokok elektrik @ e-cigarette ini adalah dari wap air. Rokok elektrik ini mempunyai bateri kecil di dalamnya, yang bertujuan untuk memanaskan cecair yang mengandungi ‘glycerin’, sejenis cecair yang biasa ditemui di dalam inhaler untuk pesakit asma. Lihat diagram di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang mekanisma rokok elektronik ini.

Penjualan, Pengedaran & Penyimpanan Rokok Elektrik Tidak Dibenarkan?

Namun, bukan cecair tersebut yang menjadi persoalan. Yang dikatakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri adalah, terdapat nikotin di dalam cecair tersebut, yang dikatakan terikat dengan Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.Lihat keratan akhbar di bawah untuk maklumat lanjut.

KUCHING 7 Jan – Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.
Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.
Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
“Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.
“Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.
Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.
Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.
“Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau,” katanya.
Sumber : Utusan Melayu

Secara jelas, tiada larangan bagi menghisap rokok elektronik, namun ianya terbatas kepada penjualan, pengedaran dan penyimpanan. jadi, kalau pembeli rokok elektronik ini menyimpan, ia juga sudah menjadi satu kesalahan. Apa yang kami nampak di sini, kewujudan rokok elektronik @ e-cigarette ini sebenarnya telah banyak membantu perokok-perokok tegar di luar sana, untuk berhenti menghisap rokok sebenar yang sudah tentu, lebih membahayakan dengan kandungan tidak kurang 4,000 bahan kimia bertoksik.

Namun, kerajaan pula mempunyai “buah fikiran” yang lain mengenai rokok elektronik ini? Adakah kesan penjualan rokok elektronik @ e-cigarette ini di Malaysia membuatkan jualan rokok konvensional menurun dengan drastik serta sekaligus membuatkan kutipan cukai tembakau yang dikenakan  terhadap pengedar rokok tidak mencapai KPI yang disasarkan?

Kami berharap sebenarnya, agar kerajaan memberi maksud yang lebih jelas terhadap isu rokok elektronik ini. Jikalau benar ianya hanya di peringkat jualan dan pengedaran, mengapa tidak kerajaan membenarkan pengedar-pengedar ini mendapatkan lesen? Alasan bahawa kandungan nikotin tersebut di bawah Akta racun, sebenarnya membuatkan kami geli hati.

Terang-terang kandungan nikotin di dalam tembakau @ rokok konvensional lebih membahayakan namun mengapa pula ianya diberi pengecualian? kalau betul-betul nak bagi rakyat berhenti merokok, apa kata haramkan terus penjualan rokok dalam Malaysia. Ini baru orang kata ” walk the talk”. Namun kami yakin, ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat, malah mungkin dalam masa 20 tahun, 30 tahun lagi pun, kerajaan tidak akan berani membuat sedemikian.

Alasan paling kuat, kerajaan bakal kehilangan rizab cukai terbesar.Mana mungkin kerajaan melepaskan “lubuk emas” ini dengan mengharamkan penjualan merokok dalam negara. Apa pula pandangan anda mengenai rokok elektronik @ e-cigarette ini? Setujukah anda penjualan rokok elektronik tidak dibenarkan?

P.S. Ada juga kata-kata rokok elektronik ini juga sama bahaya dengan rokok biasa…Nasib kami tidak merokok…

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Rokok Elektronik : Mengedar, Menyimpan & Menjual Salah DI Sisi Undang-Undang! Denda RM 3,000 & Penjara 1 Tahun Kalau Buat! and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.