Penjelasan Kenapa Rosmah Dapat Layanan "Istimewa" Dipakaian Kasut

23:17
Penjelasan Kenapa Rosmah Dapat Layanan "Istimewa" Dipakaian Kasut merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Penjelasan Kenapa Rosmah Dapat Layanan "Istimewa" Dipakaian Kasut.

Berikutan satu video yang memaparkan Rosmah Mansor dipakaian kasut ibarat cerita dongeng Cinderella menjadi viral di Internet, Datuk Rizal Mansor, Pegawai kepada isteri Perdana Menteri tampil memberikan jawapan.

"Lutut tak berapa nak kuat... tak boleh nak tunduk...", kata beliau.

Tambah Rizal, Rosmah bukan lagi seorang wanita muda dan dia memerlukan bantuan untuk memakai kasut memandangkan usianya yang sudah mencecah 64 tahun.

"Kalau isteri PM (perdana menteri) itu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu, bolehlah mu nak pelik, ini umur dah 64 tahun," kata Rizal memetik Facebook miliknya.

Rizal juga bertindak menempelak individu yang merakam video dengan berkata individu terbabit kurang kasih sayang dan tak pernah melakukan perkara sama terhadap ibunya.

"Yang jadi isu bila orang yang rekod video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke.

Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak, ini adalah sesuatu yang biasa," kata Rizal lagi. 

Sumber

#Infokini di Penjelasan Kenapa Rosmah Dapat Layanan "Istimewa" Dipakaian Kasut

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.