14 Kursus Paling ‘Pecah Kepala’ Ditawarkan Universiti Di Malaysia

00:38
14 Kursus Paling ‘Pecah Kepala’ Ditawarkan Universiti Di Malaysia merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 14 Kursus Paling ‘Pecah Kepala’ Ditawarkan Universiti Di Malaysia.

USAI alam sekolah menengah, pastinya ramai pelajar bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi mengejar sekeping sijil, diploma mahupun ijazah.
Banyak pilihan kursus yang ditawarkan di puluhan universiti awam mahupun swasta di negara ini. Ada antara penuntut yang bernasib baik apabila diterima masuk ke kursus yang dipohon manakala sebahagian lagi terpaksa akur dengan keputusan pentadbiran meletakkan mereka di mana-mana kursus lain.
Hari ini, variasi kursus yang ditawarkan di Malaysia turut mendapat perhatian penduduk luar negara yang berminat melanjutkan pelajaran mereka di sini.
Ia berikutan penarafan tinggi sistem pendidikan di Malaysia dan juga kos yang mampu ditanggung para penuntut luar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.
Buat individu yang masih lagi tercari-cari kursus yang ingin diambil ataupun individu yang ingin mencabar kemampuan diri melanjutkan pelajaran dalam kursus kritikal, anda harus terus membaca artikel ini.
Di bawah merupakan senarai 14 kursus paling mencabar yang ditawarkan universiti-universiti di Malaysia.
1. Perancangan Bandar dan Kawasan (Urban and Regional Planning)
Profesion sebagai perancang bandar dan kawasan memerlukan individu untuk merancang, mereka dan menguruskan persekitaran sesuatu tempat. Dalam erti kata lain, kursus tersebut menggabungkan seni kreatif dan sains dalam mencipta suasana harmoni untuk kehidupan yang lebih baik.
Dalam pasaran tempatan, ia memerlukan seseorang graduan untuk merancang dan mereka penempatan awam serta bandar, manakala pada tahap yang lebih tinggi, mereka perlu berhadapan dengan projek-projek mega di tengah-tengah kota pesat membangun.
urban_planning
2. Perakaunan (Accountancy)
Pastinya, kursus perakaunan memerlukan seseorang penuntut untuk sentiasa mengaplikasikan ketepatan dan integriti ketika berurusan dengan digit. Di Malaysia, kursus tersebut berada pada paras kritikal kerana penetapan standard tinggi. Sebagai contoh, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kursus itu ditawarkan pada mod sepenuh masa selama 8 semester.
Pelajar diperlukan untuk melalui latihan industri selama 6 bulan ketika cuti semester pada tahun ketiga manakala penilaian juga dibuat pada kadar 60 peratus untuk peperiksaan akhir dan bakinya untuk tugasan.
3. Juruukur Bahan (Quantity Surveying)
Umum sedia maklum, Malaysia kini sedang membangun pesat dengan pembinaan banyak bangunan dan infrastruktur. Tugas juruukur bahan adalah lebih kepada pengurusan efektif terhadap kos pembinaan, perolehan projek serta pentadbiran kontrak serta memberi nasihat dalam pembangunan ekonomi dan urusan berkaitan kontrak.
ispeak-bar-exam-law-school-carousel-rappler-20141803
4. Undang-Undang
Kursus undang-undang pastinya antara kursus paling susah yang ditawarkan di mana-mana sahaja, tak terkecuali Malaysia. Ia antara pengajian profesional, malah kebanyakan ibu bapa teruja untuk memiliki anak yang mengambil kursus undang-undang.
Apapun, ia bukanlah jalan yang senang untuk menamatkan pengajian dan mengenggam segulung sijil. Kursus tersebut mempunyai banyak istilah yang perlu diingati dan pastinya akta-akta yang diwartakan.
Kebanyakan pelajar mengakui bahawa ia susah kerana subjek yang kompleks. Bukan itu sahaja, kursus undang-undang juga menjadi antara kursus yang termahal dari segi yuran pembelajaran, dan ini menyebabkan mahasiswa terpaksa memikirkan dua masalah; bagaimana untuk melangsaikan yuran serta bagaimana untuk lulus peperiksaan.
5. Bioinformatik (Bioinformatics)
Kursus bioinformatik merupakan kursus yang ditawarkan untuk mengembangkan teknik dan kelengkapan perisian bagi memahami data biologikal. Sebagai salah satu cabang dalam sains, ia menggabungkan sains komputer, statistik, matematik dan kejuruteraan untuk memahami proses data biologikal.
Mengambil kursus tersebut di Malaysia memerlukan seseorang penuntut untuk memahami biologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Antara kegunaan bioinformatik adalah untuk mengenal pasti gen dan nucleotides (SNPs).
6. Perniagaan Antarabangsa (International Business)
Kursus ini juga bukan calang-calang. Ia memberi informasi kepada penuntut untuk memulakan perniagaan mahupun menguruskan syarikat dalam pasaran global, dengan mempelajari pelbagai budaya, sejarah perniagaan, hubungan antara pekerja, ekonomi dan sistem politik. Di Olympian College Malaysia, kursus Perniagaan Antarabangsa sangat komprehensif dan membekalkan penuntut dengan cara pengurusan betul, budaya asing, persekitaran perniagaan global.
7. Teknologi Maklumat (Information Technology)
Ketika dunia semakin berkembang ke arah tanpa sempadan, keperluan untuk pakar IT semakin banyak. Jika penuntut berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, mereka harus bersedia. Banyak kolej menawarkan diploma dalam bidang tersebut untuk mengembangkan kemahiran perkomputeran dalam disiplin teknologi dan saintifik memberi pendidikan sebelum menjadi seorang programmer dan pencipta perisian.
Medicine (1)
8. Perubatan (Medicine)
Mempelajari bidang perubatan selalunya akan turut mempelajari pembedahan surgeri. Penuntut perlu melepasi kesemua ujian sebelum melangkah ke fasa seterusnya bagi mempelajari subjek lain. Selain itu, peperiksaannya juga kompleks. Ulang kaji yang intensif sangat diperlukan dan kebanyakan masa penuntut akan dihabiskan dengan belajar daripada beriadah. Sanggup?
Penuntut bidang perubatan juga sering diletakkan di bawah tekanan kerana tugasan mereka melibatkan nyawa manusia dan kesilapan kecil mampu mengancam pesakit. Pengajian ini juga boleh menjadi satu ketakutan apabila penuntut harus berurusan dengan bangkai, darah dan pesakit yang cedera.
9. Biologi Molekul (Molecular Biology)
Kejuruteraan biomolekul adalah aplikasi amalan kejuruteraan dan prinsip-prinsip untuk memanipulasikan molekul asal biologi. Kejuruteraan kimia melibatkan manipulasi molekul bukan biologi. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalunya diambil bersama-sama dalam kebanyakan institusi di Malaysia. Kebanyakan subjeknya mencabar yang mana ia melibatkan pengajian struktur, fungsi dan ciri-ciri.
10. Sains Politik (Political Science)
Kursus sains politik adalah sebahagian dari sains sosial yang berkaitan dengan sistem kerajaan dan analisis aktiviti politik dan tindakan dalam politik. Ia turut berkait rapat dengan amalan teori dan praktikal dalam politik. Andai ada penuntu yang berminat melanjutkan pelajaran dalam kursus berkenaan di Malaysia, mereka perlu menjadi pemerhati terhadap landskap politik Malaysia. Admin Mynewshub antara yang ambik course ni dulu (saje interframe) .
Hotel-management
11. Pengurusan & Operasi Hotel (Hotel Operations & Management)
Di Olympia College Malaysia, pelajar yang ingin menuntut dalam bidang tersebut perlu bersedia untuk menimba ilmu dalam subjek asas seperti Industri Hospitaliti, Aplikasi Komputer, Kebersihan dan Keselamatan, Pengajian Makanan, Pengurusan Rumah dan banyak lagi. Melalui penilaian, latihan keras dan implementasi teknologi terbaru, penuntut akan dilatih untuk mengendalikan hotel pada tahap optima.
12. Bahasa Inggeris (English Language)
Pengajian bahasa Inggeris selalunya diambil oleh pelajar yang ingin mempelajari bahasa kedua selepas bahasa ibundanya. Arahan pengajian dan tugasan pelajar dan latar belakang budaya merupakan antara latihan asas terutama kepada mereka yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama perbualan.
Latihan intensif bahasa Inggeris dibuat beberapa bulan sebelum kursus sebenar bermula. Hampir kesemua kursus berkenaan bahasa Inggeris boleh membantu pelajar untuk membaca dan menulis serta bercakap dan kemahiran mendengar.
13. Rekaan Grafik (Graphic Design)
Rekaan Grafik merupakan satu proses komunikasi visual dan proses menyelesaikan masalah melalui penggunaan unsur ruang, imej dan sebagainya. Bidang ini dianggap sebagai subset kepada komunikasi visual dan reka bentuk komunikasi. Terdapat beberapa tawaran kursus berkenaan universiti mahupun kolej di sini, dan ia akan menggabungkan kreativiti penuntut dengan naluri perniagaan dan matlamat industri.
14. Kejuruteraan (Engineering)
Kejuruteraan bermaksud mengaplikasikan unsur saintifik dan pengetahuan praktikal dalam usaha untuk mencipta, mereka, membina, mengekalkan, membuat kajian dan menaiktaraf struktur, mesin, alatan elektronik, sistem dan sebagainya. Beberapa institusi menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dalam kursus tersebut, namun tidak mudah untuk layak diterima, malah lebih teruk lagi untuk meneruskan pengajian pada setiap semesternya.
sumber – MYNEWSHUB.CC
#Infokini di 14 Kursus Paling ‘Pecah Kepala’ Ditawarkan Universiti Di Malaysia

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.