Tolonglah Kurangkan Kesakitan Anak Saya' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tolonglah Kurangkan Kesakitan Anak Saya'.
#Panas di Tolonglah Kurangkan Kesakitan Anak Saya'
Amat menyedihkan hati apabila melihat luahan hati wanita bernama Nana Asakura ini. Mana tidaknya, penyakit yang dihidap oleh anaknya dikhabarkan tidak akan sembuh menyebabkan pihak hospital terpaksa menolak untuk memberi rawatan kepada kepada anaknya.
Justeru, Nana meminta bantuan orang ramai menyebarkan status rayuannya itu agar mana-mana doktor tampil membantu anaknya.
Ini anak saya, berumur 9 tahun.
Apa yang anda tengok ini telah ada semenjak dia lahir. Tetapi semakin dia membesar, ketumbuhan ini juga semakin membesar.
Tiga tahun yang lalu, dia pernah dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut kerana ia semakin menyakitkan.
Buat pengetahuan semua, dari pembedahan tersebut telah disahkan anak saya menghidapi lymphagiovenous malformation (LVM).
Rawatan terhenti apabila kami dicadangkan merujuk kembali ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana Hospital Selayang sudah tidak mahu meneruskan rawatan atas sebab tiada doktor yang sanggup untuk mengambil kes ini.
Ceritanya agak panjang, lain kali baru cerita.
Walau bagaimanapun saya juga mengambil keputusan untuk tidak ke HKL kerana doktor pakar tangan di situ juga dengan lebih awal telah menolak untuk mengambil kes ini berdasarkan rujukan awal kami ke Selayang dari HKL adalah doktor yang sama pada tahun 2011.
Akibat terputus rujukan di tengah jalan, kami tidak lagi ke hospital.
Selepas tiga tahun, nampaknya tekanan dari ketumbuhan itu telah mula menyakitkan. Kami berharap sangat ada doktor yang sudi mengambil kes ini untuk membantu anak saya.
Tolonglah, walaupun kami faham penyakit ini tidak akan sembuh sepenuhnya, cukuplah kalau dapat kurangkan kesakitan yang dialaminya.
#Panas di Tolonglah Kurangkan Kesakitan Anak Saya'
EmoticonEmoticon