PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) terus menimbulkan tanda tanya ramai pihak di mana lokasi pesawat itu terhempas.
Baru-baru ini, tampil sepasukan pakar matematik dari Texas A&M University pula mendakwa MH370 itu hilang tanpa dikesan adalah berpunca dari pesawat malang itu menjunam pada sudut 90 darjah ke Lautan Hindi.
Teori junaman yang sempurna atau 'perfect nosedive' itu menyebabkan pesawat yang membawa seramai 239 penumpang tersebut jatuh dalam keadaan pesawat yang masih kukuh dan tidak berkecai.
Pakar matematik itu juga yakin dengan teori ini yang memberikan penjelasan mengapa tiada serpihan atau tompokan minyak yang dijumpai semenjak MH370 dilaporkan hilang pada Mac 2014.
Lapor media Australia, Sydney Morning Herald semalam, ahli matematik university berkenaan, Goong Chen berkata bahan bukti bagi menyokong teori junaman muncung menegak itu adalah sangat kukuh. Ini kerana berdasarkan simulasi dinamik cecair pasukan penyelidik ini, satu junaman laut secara menegak hanya akan mengakibatkan kadar rintangan yang paling minimum.
Jelasnya lagi, berdasarkan impak junaman itu hanya akan mengakibatkan sayap pesawat tercabut. Namun fiuslajnya masih boleh kekal utuh. Manakala, serpihan yang berat akan tenggelam ke dasar laut.
"Kehilangan pesawat MH370 akan terus menjadi misteri sehinggalah kotak hitam pesawat itu ditemui dan merungkai segala persoalan ramai pihak.
"Namun kini pihak forensik percaya MH370 terjunam ke dalam laut dalam keadaan junam muncung," kata Chen yang mengetuai simulasi forensik komputer teori itu.
Penyelidikan beliau dan pasukannya telah diterbitkan dalam majalah matematik Notices of the American Mathematical Society untuk isu April.
Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing membawa seramai 239 penumpang serta 12 anak kapal dilaporkan hilang dari radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP and get update.
PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark PUNCA MH370 MENJUNAM 90' DI LAUTAN HINDI TERJAWAP and get update.
EmoticonEmoticon