Pulangkan Duit Kami! Penipu

21:49
Pulangkan Duit Kami! Penipu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pulangkan Duit Kami! Penipu.


Kami menerima aduan dari seorang lelaki bernama Osman, meminta mendedahkan kes penipuan seorang pelajar perempuan universiti awam (UA) yang telah mengakibatkan kerugian besar pada mangsa-mangsanya.


Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM390.00 atas pembelian kain ela sebanyak 30 meter yang tidak kunjung tiba sehingga ke hari ini.


"Saya telah membeli kain ela sebanyak 30 meter berharga RM390 dan transaksi ke atas akaun Maybank ke atas nama Nur Nabillah binti Afandi. 






"Namun sehingga ke hari ini, barang tersebut tidak diterima. Saya telah menghubungi pembekal kain Dull Stain dan Jahit Pukal melalui laman Facebook. Dia (peniaga) telah memberikan bermacam-macam alasan. 


"Saya juga mendapati ramai pelanggan yang turut menghadapi masalah yang sama seperti saya. Akaun Facebook saya juga telah disekat oleh peniaga itu dan saya rasa saya telah ditipu," kata Osman yang meminta polis mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.











Selain melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Osman juga telah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pada Jumaat 20 Jun yang lalu. 


Malangnya tiada sebarang tindakan dari ketiga-tiga pihak berkenaan selain dari menunding jari ke pihak lain. 


Menurut Osman, individu bernama Nur Nabillah Afandi atau Bella ini giat menjalankan peniagaan online dan mempunyai butik sendiri selain dari giat mewujudkan page-page Facebook bagi mengaburi mangsanya. 


"Banyak page Facebook diwujudkan oleh perempuan ini. Dia aktif menjalankan peniagaan online sejak 2011 dan mempunyai butik sendiri. Page-page itu semua hanya untuk mengaburi mangsa dan dipercayai telah ramai yang menjadi mangsanya," dedah Osman. 


Berdasarkan siasatan Osman semenjak dua minggu yang lalu, perempuan berkenaan merupakan pelajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan pernah menuntut di UiTM Seri Iskandar.


"Setakat ini, semua mangsa adalah perempuan dan dia pandai memberi pelbagai alasan dan menunjukkan bukti customer pernah order.


"Dia mempunyai berpuluh-puluh page, blog, Instagram dan Twitter serta kerap menukar nama blog. Namun kini aktif di page 'Pembekal Kain Dull satin & jahit pukal',. 


"Dengan menggunakan kemahiran IT, dia bijak menepis segala tohmahan, Semua comment-comment negatif akan dipadam, diblock selain dari mengugut pelanggan dan memberikan janji palsu kononnya akan memulangkan duit mangsa.


"Isteri saya juga adalah salah seorang mangsanya. Saya kesian dan sedih pada isteri saya. Beberapa kali lepas solat, menangis. Duit itu simpan untuk jahit pakaian hari raya kami. Untuk kain pelanggan pula, isteri saya kena tanggung. Mood nak menjahit pun ke laut," katanya kecewa dianiaya oleh peniaga berkenaan.


Jelasnya lagi, kes ini juga telah bertahun-tahun lamanya tidak disiasat menyebabkan peniaga itu semakin aktif dan bertambah ramai pula yang menjadi mangsanya.


Osman meminta orang ramai berhati-hati dan sekiranya terjumpa Facebook peniaga itu, usah percaya dan berurusniaga dengannya.  - THEHYPEMEDIA.COM












































































#Panas di Pulangkan Duit Kami! Penipu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.