Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba

14:37
Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba

Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba



SEREMBAN – Sebut sahaja mi udang, terus terbayang mi udang yang sangat popular di Kuala Sepetang, Perak; Penang dan Kuala Selangor.

Di daerah malah negeri ini, terlalu sukar untuk mendapatkan gerai atau restoran yang menjual mi udang. Untuk mencari yang enak, apatah lagi.

Tapi sekarang tidak lagi.

Cubalah ke kedai makan Mee Udang Pakar yang  terletak di Pusat Komuniti dan Karavan (Pakar) Paroi, jalan Kuala Pilah-Seremban  untuk menikmatinya.

 Kedai ini baru sahaja setahun beroperasi, namun keenakannya menarik ramai pengunjung.

Udang segar bersaiz XL yang tertonggok di dalam mangkuk menambah kesedapan mi yang dihidang.

Menurut pemilik kedai, Norzati Isa, 45, idea untuk menjalankan perniagaan menjual mi udang ini timbul sejak dia menghantar anaknya belajar di Politeknik Kuala Selangor.

Katanya, semasa menghantar anak, mereka berhenti untuk makan di sebuah kedai yang menjual mi udang.

“Disebabkan rasanya yang sedap dan ditambah pula dengan minat untuk mencuba, saya terus mencari idea untuk membuat mi udang sendiri.

“Saya tidak mempunyai resipi khas, sebaliknya saya banyak berjalan dan keluar makan bersama suami bagi mencari idea baru untuk menghasilkan mi udang yang sedap.

“Saya dan suami kaki makan, mana ada kedai makan sedap kami akan cuba, sehinggalah saya mempunyai idea tersendiri untuk menghasilkan mi udang.

“Saya hasilkan resipi ini hanya melalui rasa makanan itu sahaja, dan cuba reka cipta sendiri resipi sehinggalah ia menjadi sedap,” katanya.

Menurut Norzati, untuk mendapatkan kuah yang terbaik, dia harus pandai menjaga kualitinya.

Katanya, mereka perlu menggunakan udang segar sekiranya mahu mendapatkan kuah yang sedap rasanya.

Kata Norzati, setiap hari dia akan mengambil 18 sehingga 25 kilogram (kg) udang segar yang dibekalkan oleh pengusaha udang tempatan.

“Jika musim cuti seperti hari Ahad dan cuti umum, tempahan udang saya pernah mencecah 30 kg sehari, bersamaan empat periuk besar kuah mi udang," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Mee Udang Pakar Paroi Memang Lazat! Tidak Rugi Mencuba and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.