'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG'

08:50
'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG' 'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG'

'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG'



Petang tadi, warga maya digemparkan dengan kes seorang bayi terperangkap di dalam kereta Myvi yang nyaris membuatkan mangsa tercekik.

BACA: 'PECAHKAN! ADA BABY DALAM TU!'

Susulan dari itu tampil seorang individu yang mendakwa dirinya ibu kepada bayi berkenaan menafikan dakwaan Tuan Nor Azlim yang menuduhnya sengaja meninggalkan mangsa di dalam kereta.

"I mak baby tadi dan I tak tinggalkan anak I seorang. Malah kawan I dalam kereta. Sistem kereta yang menyebabkan pintu terkunci sendiri apabila kawan I keluar dari seat belakang untuk ke seat driver sebab nak alihkan kereta yang mana menghalang laluan sebuah lori.

"Baby di bawah pengawasan orang dewasa dan bukan di atas kecuaian I atau sebagainya.

"Sama ada you delete video tersebut atau I akan saman fitnah dan malu ke atas you. I ada bukti you viralkan video tersebut. I nampak you datang hanya untuk merakam video, bukan untuk membantu seperti orang lain.

"Sekarang I nak you minta maaf secara terbuka di Facebook you atas sebab you mengaibkan I sebagai mak baby. Kalau tak turunkan fitnah atau maaf secara terbuka, surat lawyer akan sampai pada you," katanya.

Difahamkan, ekoran amaran dari ibu mangsa menyebabkan penyebar video insiden berkenaan, Tuan Nor Azlim, menarik balik kenyataan awalnya dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook.

Bagaimanapun, kesahihan kenyataan individu terbabit tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sebaliknya berikutan terdapat keraguan dalam kenyataannya itu.

Difahamkan, kereta Perodua Myvi sememangnya mempunyai sistem auto lock seandainya pemiliknya terlupa menguncikan keretanya yang mana kiraan sistem auto lock itu di bawah 60 saat.

Kenyataan individu tersebut yang mendakwa rakannya keluar dari pintu belakang untuk ke tempat duduk pemandu untuk mengalihkan kereta itu juga tidak masuk akal. Seolah-olah menyatakan bahawa kunci masih ada di dalam kereta itu.

Jika kunci tidak dicabut, mustahil sistem auto lock boleh diaktifkan sendiri melainkan kejadian itu sudah ditakdirkan untuk terjadi.

Walau apa pun andaian kita, apa yang penting bayi itu telah selamat dan jadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk semua.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'I TAK TINGGALKAN ANAK I SEORANG' and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.