'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN

09:20
'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN 'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN

'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN

Video seorang pengguna Facebook bernama Scuba Jeff trending di media sosial dan semestinya dikenali oleh para vapor² di Malaysia berikutan tegurannya terhadap peniaga-peniaga Vape.

Scuba Jeff, berasal dari Negeri Sembilan namun menetap di Sabah sudah 20 tahun dan mempunyai perniagaan chalet di Pulau Mabui.

Baca luahan hati Jeff yang berada di perantauan:



Assalamualaikum, salam sejahtera. Sebenarnya nak balik Sabah. Saya ni berniaga dekat Sabah, Pulau Mabul, buka chalet kecil dekat Pulau Mabul, Sipadan.

Ini nak sharekan kita sebagai peniaga Melayu ye, peniaga kecil-kecilan. Kita ni cari makan.

Baru-baru ini, banyak sangat dah jadi macam berperang plak dalam kumpulan-kumpulan vaper ni la. Dah jadi macam lain sangat.

Saya pernah susah, berniaga nasi lemak tepi jalan, bekas polis, sebelum masuk polis pun penyangak juga eh, semua itu saya sudah lalui.

Tapi saya belajar satu je, 'cari makan'. Cari makan ni, janganlah bergaduh. Kita bangsa yang lemah, kita bukannya gangster. Kalau kau gangster sangat, pergi ubah tu ha. Macam-macam masalah negara. Ini tidak, sesama sendiri dah bergaduh.

Jual botol vaper je pun. Kita vaper pun suka-suka jer. Macam rokok jugak. Memalukan kita, bangsa kita, nak bergaduh.

Kepada pelanggan, tak nak yang mahal beli yang murah, beli yang kualiti rendah. Ada la sebab orang jual mahal. Sama juga macam syarikat aircond, the Khind ke, Sanyo ke, belilah jenama selipar Jepun. Takdo la mahal bonar. Suka hati, takyah makan pun. Tak payah nak gaduh-gaduh, sama-sama cari makan. Sebenarnya kualiti tinggi, macam saya, nak yang murah saya beli VMX. Murah je saya beli, RM20-RM25 saya dapat sebotol kat Seremban.

Tapi bila tekak saya nak yang mahal, yang kualiti, saya tahu. Ha dengan botol kaca, dengan kualiti yang baik, bahan dari Amerika, saya beli captain amerika dari Panda Vape. Begitu juga saya beli daripada Fcuking Flava. Saya tahu dia kualiti baik, dua ni memang kualiti baik, kualiti tinggi. Jadi terpulang pada customer. Customer, duit kita, kau simpan duit kau, kau tak nak beli yang mahal, beli yang murah. Sama, saya beli dua-dua, semua saya sokong. Kenapa nak bergaduh? Memalukan. Janganlah.

Saya pernah susah. Sebagai orang Melayu, saya berniaga, tolonglah, janganlah bergaduh macam ni, bangsa lain tengok, malulah. Kita pengguna je, nak beli, beli, tak nak beli, sudah. Nak beli yang berkualiti, beli yang berkualiti.

Kalau ada duit banyak, beli Ferrari. Kalau tak nak yang mahal-mahal, belilah MyLari ke, Kenari, beli murah-murah sama saja. Jadi kenapa perlu nak jadi gangster dalam group vape? Vape ni rokok je, bukannya kau jual samurai, bukan jual M-16.



Jual flava vape dah nak jadi gangster

'Jual flava vape je dah nak jadi gangster!' - Selanjutnya: http://goo.gl/KNxV26More: #mediavids

Posted by My Media Hub on Monday, June 15, 2015


Kau gangster-gangster ni pernah pergi bertembak dengan lanun ke? Dah rasa peluru kat badan? Dah rasa? Dah rasa banyak peluru kat badan? Dah? Belum kan? Sekadar jual vape. Itu pun dah dengar-dengar cerita nak tunduk bila masuk ke kedai 'arigato'. Memalukan Melayu la kau. Sesiapalah!

Ni sebagai orang Melayu ni aku bercakap. Buanglah sikap tu. Buatlah berniaga macam biasa, 'selamat pagi cik, selamat petang cik'. Saya kat chalet tu orang datang, 'selamat petang cik, terima kasih datang tempat saya. Terima kasih sudi sokong saya berniaga,'.

Apa masalahnya? Ini, jual flava nak jadi gangster. Woi! memalukan diri! Tolonglah orang Melayu, tak payah. Nak jual Vape, nak jadi gangster, memalukan diri. Jangan bergaduh sesama sendiri. Nak beli, beli. Tak nak beli, sudah. Camtu kita buat, kita pelanggan. Sesamalah, berniaga elok-elok. Jangan nak maki hamun bahasa-bahasa kotor ini. Tak payah!

Kalau setakat nak jadi gangter asap air ni je, memalukan diri. Hiduplah bangsa kita, majulah bisnes korang wahai peniaga Melayu semua. - Jeff Scuba.

Benar apa yang dikatakan oleh beliau. Ketika mengunjungi kedai vape, ramai pelanggan yang berlagak gangster, padahal sama-sama nak melabur duit dan apa yang dibeli pun lebih kurang sama. Namun, perangai sesetengah orang itu sungguh memalukan.

Moga para peniaga dan pelanggan Vape menerima teguran individu ini dengan hati yang terbuka.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'BARU JUAL FLAVA VAPE DAH NAK JADI GANGSTER' - TEGURAN OGHANG NISMILAN and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.