5 Syarat-Syarat Untuk Bermaksiat. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 5 Syarat-Syarat Untuk Bermaksiat..
#Panas di 5 Syarat-Syarat Untuk Bermaksiat.
Gambar Hiasan |
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ibrahim Bin Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :-
1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezeki-Nya.
2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumi-Nya.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.
4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.
5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.
#Panas di 5 Syarat-Syarat Untuk Bermaksiat.
EmoticonEmoticon