Tragedi Duke, Wajibkan Pemandu Letak Bayi dalam Car Seat

12:22
Wajib Letak Bayi dalam Car Seat. Tragedi Kemalangan di Lebuhraya Duke, Kerajaan digesa memperkenalkan undang-undang mewajibkan Bayi diletak dalam Car Seat iaitu tempat duduk khas untuk membawa bayi dan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan.

TRAGEDI DUKE, WAJIBKAN LETAK BAYI DALAM 'CAR SEAT'

Wajibkan Pemandu Letak Bayi dalam Car Seat

Tragedi Duke, Wajibkan Pemandu Letak Bayi dalam Car Seat


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata adalah penting supaya langkah itu diwajibkan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang duduk di dalam sesebuah kenderaan. Extra Geng Familia Myvi Club Ketakutan buang Sticker.
Merujuk kepada kemalangan yang berlaku tiga hari lepas di Lebuhraya Duke, yang mana sepasang suami isteri dan bayi mereka berumur tujuh bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar daripada kenderaan. Jika bayi itu diletakkan dalam tempat duduk khas bayi, yang diikat dengan selamat, mungkin nyawa bayi itu boleh diselamatkan

Amarjit berkata, beribu kenderaan dipandu setiap hari dan kanak-kanak daripada bayi sehingga umur lima tahun yang duduk di tempat duduk belakang berhadapan risiko tercampak keluar kerana mereka duduk tanpa memakai tali pinggang keledar.

Terdapat juga ibu bapa yang meletakkan anak mereka di tempat duduk hadapan atau di atas riba mereka semasa kereta dipandu. Ini bukan sahaja berbahaya kepada penumpang hadapan malah kepada bayi yang sedang duduk itu, kata Amarjit seorang peguam dari Ipoh.

Amarjit juga berkata berdasarkan kaji selidik dibuat, perangkaan menunjukkan tempat duduk khas bayi mengurangkan risiko kematian bayi sebanyak 71 peratus dan kematian kanak-kanak berusia antara setahun sehingga lima tahun sebanyak 54 peratus.

Jika kita mahu serius dalam keselamatan jalan raya, maka kita perlu serius dalam memastikan langkah berjaga-jaga diwujudkan bagi memastikan keselamatan penumpang di dalam kenderaan

Amarjit berkata pihak berkuasa patut menguatkuasakan peraturan mengenai tali pinggang keledar yang pasti meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya kerana tanpa penguatkuasaan undang-undang yang digubal tidak akan mencapai maksudnya.

Semasa musim perayaan dan cuti umum yang panjang, penguatkuasaan adalah penting untuk kebaikan dan keselamatan pengguna jalan raya, katanya.
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal TRAGEDI DUKE, WAJIBKAN LETAK BAYI DALAM 'CAR SEAT'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark TRAGEDI DUKE, WAJIBKAN LETAK BAYI DALAM 'CAR SEAT' and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.