'TINDAKAN BEBERAPA BLOG TUDUH SAYA PELUK ISLAM ADALAH SANGAT MELAMPAU' - STACY

16:43
'TINDAKAN BEBERAPA BLOG TUDUH SAYA PELUK ISLAM ADALAH SANGAT MELAMPAU' - STACY merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'TINDAKAN BEBERAPA BLOG TUDUH SAYA PELUK ISLAM ADALAH SANGAT MELAMPAU' - STACY. type='html'>

'TINDAKAN BEBERAPA BLOG TUDUH SAYA PELUK ISLAM ADALAH SANGAT MELAMPAU' - STACY | Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, menyifatkan ada pihak melalui beberapa blog menuduhnya memeluk Islam adalah satu tuduhan melampau dan tidak berasas.

Memetik Portal Mstar Online dia berkata mereka yang menyebarkan fitnah itu sepatutnya berfikir panjang kerana apa yang disebarkan ini berkaitan agama dan ia adalah sesuatu yang sensitif.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau.

"Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main, ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita," katanya.

Pada malam rabu lalu tersebar gambar di laman sosial seorang wanita yang dikatakan Stacy sedang mengucap syahadah di hadapan beberapa orang ustaz dan beberapa orang saksi.


Blog-blog berkenaan dikatakan sengaja mereka cerita demikian bagi menaikkan rating pembaca blog walaupun wajah wanita tersebut tidak sama dengan Stacy.

"Kerana berita palsu itu, keluarga saya turut terkena tempias apabila kerap menerima panggilan daripada rakan dan keluarga jauh yang mahu mengesahkan perkara itu."

"Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak semalam (Rabu) sehingga ke hari ini (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

"Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa.

"Mengenai kerjaya saya, tidak pula orang nak bertanya, apabila isu ini timbul, ramai pula yang telefon" ujarnya.

Stacy berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi walaupun kepada mana-mana artis kerana ia melibatkan sentimen yang sensetif.

"Kalaulah ada undang-undang yang boleh mengenakan tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab seperti ini..," luahnya

sumber

#Panas di 'TINDAKAN BEBERAPA BLOG TUDUH SAYA PELUK ISLAM ADALAH SANGAT MELAMPAU' - STACY

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
15 May 2015 at 17:45 delete

Stacy siap dapat nama islamnya; Nur Aisyah Rabiah.. hebat betul penfitnah!

Reply
avatar
Powered by Blogger.