Sedih..Sempat Parkir Motor DiBahu Jalan Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir!

05:04
Sedih..Sempat Parkir Motor DiBahu Jalan Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sedih..Sempat Parkir Motor DiBahu Jalan Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir!.




Kepala Batas: Seorang lelaki sempat berhenti di bahu jalan dan memakir kenderaannya sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di atas kenderaan ditunggangnya itu, semalam.

Dalam kejadian di Jalan Ekor Kucing, Tasek Gelugor, di sini, jam 8.05 pagi, mayat mangsa, Ahamad Saaid, 56, ditemui orang ramai dalam keadaan tertunduk dengan bahagian dada berada di atas papan pemuka motosikal Yamaha 135 LC ditunggangnya.

Kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan terbabit kerana mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum seorang lelaki menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa yang menyedari dia mengalami serangan jantung berhenti di tepi jalan dan pemeriksaan mendapati tongkatnya juga diturunkan menyebabkan ia tidak terbalik manakala lelaki itu masih berada di atas kenderaan ditunggangnya selepas meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

MANGSA meninggal dunia atas motosikal yang diparkir di bahu jalan.


Sumber

#Panas di Sedih..Sempat Parkir Motor DiBahu Jalan Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir!

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.