Saintis temui antibodi Mers

03:24
Saintis temui antibodi Mers merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Saintis temui antibodi Mers.


Antibodi Mers ditemui

Penyelidik antarabangsa mendakwa antibodi semula jadi dalam tubuh manusia mampu merawat Mers.




WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Saintis menemui antibodi semula jadi dalam tubuh manusia didakwa mampu merawat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).



Kajian dilakukan penyelidik Amerika Syarikat (AS), China dan Hong Kong mendapati, beberapa antibodi mampu mencegah virus itu daripada menjangkiti manusia.



Menurut mereka, antibodi itu adalah protein dalam sistem imun manusia berfungsi sebagai pelindung kepada bakteria dan virus asing.



Hasil penyelidikan saintis China pula mendapati, antibodi Mers-4 dan Mers-27 mampu menghalang sel dalam piring makmal dari dijangkiti.



Sementara itu, kajian saintis AS menunjukkan, tujuh antibodi manusia boleh menjadi vaksin virus tersebut.



Dalam perkembangan lain, tiga lagi maut akibat Mers dilaporkan Kementerian Kesihatan Saudi, sekali gus menjadikan angka korban 105 orang.  - Al-Arabiya



sumber

#Panas di Saintis temui antibodi Mers

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.