NAHAS DUKE: Tak mengaku salah

11:59
NAHAS DUKE: Tak mengaku salah NAHAS DUKE: Tak mengaku salah - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di NAHAS DUKE: Tak mengaku salah harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
NAHAS DUKE: Tak mengaku salah

NAHAS DUKE: Tak mengaku salah



Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal NAHAS DUKE: Tak mengaku salah. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark NAHAS DUKE: Tak mengaku salah and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.