MUFTI PERAK MACAM ANAK HARAM - RAJA BOMOH

11:08
MUFTI PERAK MACAM ANAK HARAM - RAJA BOMOH - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di MUFTI PERAK MACAM 'ANAK HARAM' - RAJA BOMOH harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.

MUFTI PERAK MACAM ANAK HARAM - RAJA BOMOH

MUFTI PERAK macam "ANAK HARAM"

MUFTI PERAK macam "ANAK HARAM"


MUFTI PERAK macam "ANAK HARAM" - Raja Bomoh VIP, marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu mewartakan amalan dan ajaran yang dibawa olehnya sebagai haram dan sesat.

Pengamal perubatan tradisional, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 82, berkata kenyataan Mufti Perak itu melampau kerana tiada sabarang siasatan yang dilakukan terlebih dahulu.

"Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berundin? Sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak menjemput saya datang ke pejabat untuk berbincang, bukannya terus menjatuhkan aib muka saya.

“Saya merasakan dia (Mufti Perak) mahu mengambil publisiti murahan atas nama saya dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya ke atas diri saya dan mendakwa saya sesat dan mahu mengambil tindakan," katanya semalam.

“Sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang surat makluman dan saya sering tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan bagi menguruskan perniagaan, tiba-tiba tuduhan seperti ini dilemparkan kepada anak tempatan Perak. Mufti ini orang dan dari keturunan mana? Kerana saya dimaklumkan beliau berketurunan Banjar.

“Banjar ini bukan orang asal di negari Perak, sedangkan saya anak jati negeri Perak. Mengapa fitnah saya seperti ini. Tindakan pertama saya ialah membuat laporan polis dan mengemukakan saman malu terhadap beliau dan  biar mahkamah yang menentukan.

“Apa bukti atas dakwaan yang dilemparkan itu, apakah saya (pernah) mengajar ilmu sesat atau berkumpul dan berceramah bagi tujuan pemujaan," katanya.

“Teropong dan kepala (yang digunakan dalam ritual sebelum ini) adalah merupakan simbolik, seperti kata orang tua-tua petua datang dahulu (dan) ilmu datang kemudian. Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan yang dilemparkan itu) beliau sebagai seorang mufti yang waras tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana telah menjatuhkan imej ahli keluarga dan persatuan saya.

“Persatuan saya telah berdaftar dan Mufti seharusnya semak dan siasat terlebih dahulu agar hukum tidak dijatuhkan dengan sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak berdosa.

“Mufti tahu hukum haram tapi kenapa buat perangai seperti anak haram”

Lapor media tempatan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ajaran Raja Bomoh sebagai sesat dan haram. Keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MUFTI PERAK MACAM 'ANAK HARAM' - RAJA BOMOH. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Dunia dan Hal Semasa di MUFTI PERAK MACAM 'ANAK HARAM' - RAJA BOMOH

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.